Pengetahuan terhadap Microsoft Excel menjadi satu kemestian untuk kakitangan dalam memperkemaskan dan memudahkan urusan kerja seharian. Terutamanya untuk mereka yang banyak menggunakan data untuk diproses menjadi laporan akhir yang akan diserahkan kepada pengurusan atasan.
Walaupun di pasaran terdapat banyak sistem yang dibangunkan khas untuk menyediakan laporan samada laporan kewangan, prestasi, dan sebagainya. Namun, sebagai kakitangan yang memproses data. Tidak mahu tidak anda perlu menyediakan laporan yang kadang-kala di luar daripada capaian sistem tersebut.
Misalnya pada setiap hujung bulan Februari setiap tahun, majikan perlu menyediakan borang EA untuk diserahkan kepada pekerja untuk tujuan pelaporan cukai pendapatan mereka. Jika syarikat menggunakan sistem payroll, tiada masalah kerana sistem pastinya telah dilengkapi dengan laporan standard untuk menjana laporan EA. Tetapi menjadi satu masalah kepada syarikat yang masih mengendalikan payroll secara manual. Anda mungkin terpaksa mengisi satu persatu maklumat tersebut untuk diberikan kepada kakitangan anda.
Maka proses yang sepatutnya mudah, bertukar menjadi kompleks dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk disediakan. Itu baru satu laporan, jika anda mempunyai beberapa laporan? Anda mungkin terpaksa membuat kerja yang sama berulang kali. Memang melecehkan.

Antara solusi yang boleh dipertimbangkan adalah kakitangan boleh mengoptimumkan penggunaan Microsoft Excel. Hampir kesemua komputer yang dipasang mempunyai perisian ini. Ia akan sangat memudahkan kerja seharian anda jika anda tahu di mana tips dan tricks yang anda boleh gunakan.
Memandangkan terdapat banyak pertanyaan berkenaan dengan fungsi dan formula Microsoft Excel yang sesuai diaplikasikan oleh kakitangan yang bekerja di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia. Maka kami mengambil inisetif untuk menganjurkan Bengkel Excel For Human Resources Management.
Antara key point bengkel ini adalah kami akan menekankan fungsi dan formula yang boleh diaplikasikan dalam urusan kerja seharian anda,
Anda boleh check pada pautan ini http://training.techharvest.asia/msexcel-2/ . Kursus yang terdekat akan dianjurkan di Kota Bharu pada 23 Disember 2019 ini.
Banyak tips-tips yang menarik akan kami kongsikan dengan anda. Kami pasti bahawa anda tersenyum lebar setelah selesai menghadiri bengkel ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari link ini untuk mendaftar http://training.techharvest.asia/msexcel-2/ /.
Komen