Jalur Lebar Celcom Fibre 100mbps Kini Boleh Didapati di Seluruh Malaysia

3,226

Celcom Home Fibre mempunya dua pakej : Home Fibre Gold Supreme 100Mbps dengan harga RM120 setiap bulan dan Home Fibre Gold 30Mbps untuk RM80 dengan tanpa limit had penggunaan.

Pelanggan juga boleh membuat panggilan ke semua rangkaian dengan hanya 10sen setiap minit. Pakej ini juga didatangi dengan router percuma dan kontrak selama setahun sahaja.

Perkhidmatan ini merupakan tambahan untuk perkhidmatan Wireless Home Celcom, yang boleh menyambung sehingga 64 peranti pada satu masa dengan kelajuan purata 30 Mbps. Walau bagaimanapun, perkhidmatan tanpa wayar ini mempunyai had penggunaannya.

Perkhidmatan Wireless Home tersedia dalam tiga pakej: Home Wireless Gold dengan kuota Internet 25GB untuk RM70, Home Wireless Gold Plus dengan kuota Internet 50GB untuk RM100 dan Home Wireless Platinum dengan kuota Internet 150GB untuk RM150.

Pelan ini juga dilengkapi dengan kuota data berasingan untuk perkhidmatan Video Walla dan Music Walla Celcom, dan juga sehingga 1,000GB tersedia untuk keperluan streaming video dan muzik.

Servis Home Fibre ini boleh didapati di semua cawangan Celcom bluecube dan pengedar Celcom yang diiktiraf dengan pemasangan servis secara percuma. Sesiapa yang berminat, boleh juga mendaftar secara atas talian supaya Celcom boleh membuat semakan samada kawasan rumah anda layak atau tidak untuk mendapatkan servis ini.

Sumber: thestar

Read More  Android 9 Pie (Go Edition) Akan Muncul Pada Musim Luruh Ini

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...