Kongsikan Kata Laluan Wi-Fi Menggunakan Kod QR di Android 10

0 135

Jika telefon anda mengunakan Android 10, anda boleh kongsikan rangkaian Wi-FI anda menggunakan Kod QR. Jika rakan anda tidak mempunyai Android 10, mereka masih boleh mengimbas kod QR yang anda berikan. Anda juga boleh kongsikan kod ini dengan pengguna iPhone.

Step 1: Dapatkan Kod QR

Pergi ke tetapan dan pilih ‘Network & Internet’. Sentuh di perkataan ‘Wi-Fi’

How to Share Your Wi-Fi Password with a QR Code in Android 10
How to Share Your Wi-Fi Password with a QR Code in Android 10

Pilih Wi-Fi yang anda gunakan dari senarai dan sentuh butang “share” yang seakan-akan kod QR. Anda akan ditanya samada ingin mengimbas cap jari atau memasukkan PIN supaya kod QR tersebut akan dipaparkan.

Langkah kedua : Kongsi Kata Laluan

Rakan anda hanya perlu mengimbas kod QR untuk mendapatkan Wi-Fi anda. Jika mereka pengguna iPhone atau Pixel, mereka hanya perlu menggunakan aplikasi kamera dan akan mengesan kod QR secara automatik.

Jika rakan anda menggunakan telefon Android yang berlainan, mereka berkemungkinan tidak mempunyai imbasan kod QD automatik di aplikasi kamera. Oleh itu, mereka perlu memuat turun aplikasi imbasan kod QR di Playstore.

How to Share Your Wi-Fi Password with a QR Code in Android 10

Aplikasi yang kami sarankan ialah QR Code Reader atau Scanner By Karspersky Lab. Hanya muat turun dan imbas kod QR yang anda berikan. Kemudian, sentuh ‘Connect’ untuk mulakan sambungan.

Sumber: infot3chpro

Read More  Cara Pantas Untuk Mengubah Peranti Audio Yang Disambungkan Dengan iPhone Anda!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...