Seperti artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini, Google boleh mengumpul data pengguna daripada Android dengan tujuan untuk menjadi target pengiklanan mereka. Walaubagaimanapun, anda boleh mengehadkan pengumpulan data ini dengan beberapa langkap sahaja.
Sebagai contoh, di bawah “Accounts > Google” , anda boleh menutup penyelerasan perkhidmatan yang anda tidak gunakan. Dan di aplikasi papan kekunci Gboard, anda boleh menutup “Personalized Suggestions” dan “Share Usage Statistics” .
Di bawah “Apps”, anda perlu membuang mana-mana aplikasi Google yang tidak digunakan. Ada beberapa aplikasi yang tidak boleh dibuang, jadi anda hanya boleh nyahaktifkan sahaja.
Dengan menutup “Backup and restore”, anda boleh mencegah server Google daripada menyimpan senarai kenalan dan kata laluan WiFi. Dan jika anda pergi ke “Google>Advertising”, anda boleh nyahaktifkan tetapan pengiklanan.
Bukan itu sahaja, anda boleh juga lihat di bahagian yang lain dan memilih samada anda inginkan storan data anda digunakan. Sebagai contoh, anda boleh pilih untuk menyekat Google daripada merekod sejarah lokasi anda. Selamat mencuba!
Sumber: Thestar
Komen