Cari Video Youtube Dengan Lebih Pantas Menggunakan Cara Ini!

0 197

YouTube has a search filter that gives you more power to help solve these issues when searching. The filter can be used to help you find the videos you want faster. For example, if you want a long-form video with closed captioning and HD resolution, the search filter can remove all of the clutter from your results and only show you videos that meet your criteria.

Youtube mempunyai pencarian bertapis utnuk memberi anda solusi untuk menyelesaikan isu semasa mencari video. Tapisan ini akan membantu anda mendapatkan video yang mengikuti kriteria yang anda inginkan dengan pantas. Sebagai contoh jika anda menginginkan video yang baru dimuat naik dan resolusi HD, Youtube akan memaparkan senarai daripada kriteria yang anda telah tetapkan sahaja.

Langkah 1: Cari Video

Anda perlu memuat turun aplikasi Youtube dan kemudian sentuh ikon carian di bahagian atas kanan skrin. Cari kata kekunci video yang anda mahukan sebagai contoh ‘Street Food’. Kemudian, Youtube akan memaparkan kesemua senarai video bagi kata kekunci ‘Street Food’. Anda akan dapat lihat ikon tapisan di bahagian atas kanan skrin. Sentuh butang tersebut dan akan akan lihat dialog ‘Search Filter’.

How to Use YouTube's Search Filters to Find Videos Faster

Langkah 2: Pilih Tapisan

Sort By: Tapisan “Sort By” membolehkan anda menukar urutan video. Anda mempunyai empat pilihan. Memilih Jika anda memilih “Relevan” ia akan memaparkan video yang paling relevan dengan carian anda. “Upload Date” akan menyenaraikan video yang dimuat naik mengikut tarik (Yang paling terkini akan dipaparkan dahulu). “View Count” akan memaparkan video yang paling banyak ditonton. “Rating” pula akan memaparkan video yang mempunyai banyak likes dari penonton.

Read More  Kerusi Roda AbleChair Akan Membantu Ramai Pesakit Lumpuh Untuk Menjalani Kehidupan Harian

Type: Tapisan ‘Type’ akan membolehkan anda memilih jenis konten. Jika anda memilih ‘All’, ia akan memaparkan kesemua jenis konten. ‘Video’ akan memaparkan video Youtube. ‘Channel’ akan memaparkan Channel. ‘Playlist’ akan memaparkan video bersiri. ‘Movie’ pula akan memaparkan filem yang berada di Youtube. ‘Show’ pula akan memaparkan video Youtube Premium yang anda perlu bayar untuk menontonnya.

Upload Date: Melalui tapisan ini, anda boleh pilih video yang baru dimuat turun hari ini, bila-bila masa, sejam yang lepas, minggu ini, bulan ini atau tahun ini.

Duration: Anda boleh memilih durasi video yang panjang atau singkat. Video pendek selalunya kurang daripada 4minit manakala video yang lama dalam jangkaan 20 minit atau lebih.

How to Use YouTube's Search Filters to Find Videos Faster

Features: Disini, anda boleh pilih dari konten ‘Live’ hinggalah ‘VR180’ (Virtual Reality). Pilih mana-mana pilihan yang anda inginkan dan sentuh sehingga ia bertukar warna biru. Jika sudah berwarna biru bermaksud ia sudah berjaya dipilih.

Sumber: infot3chpro.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...