4 Soalan Sekuriti Mengenai FaceApp, Aplikasi Tular Yang Boleh Mengubah Wajah Anda Menjadi Tua!

2,321

Aplikasi FaceApp kembali menular baru-baru ini dan banyak artis mengguna aplikasi ini untuk dimuat turun di media sosial. Persoalannya, adakah aplikasi ini selamat untuk digunakan? Mari kita lihat jawapan daripada pengasas aplikasi ini.

#1 Adakah terdapat unsur penyalahahgunaan data?

FaceApp memuat naik dan memproses gambar anda di dalam server mereka tetapi aplikasi ini hanya akan memuat turun gambar yang dipilih oleh pengguna untuk disunting. Gambar yang lain akan tetap di galeri telefon anda. Anda juga boleh menggunakan aplikasi ini tanpa memberikan nama atau emel anda.

#2 Berapa Lama Data Anda Akan Disimpan?

FaceApp akan memadam hampir kesemua gambar daripada server mereka selepas 48jam.

#3 Siapakah Yang Boleh Mengakses Data?

Adakah penguatkuasa kerajaan di Rusia mempunyai akses dengan gambar anda? Jawapannya tidak. Pengasasnya tidak akan menjual atau berkongsi data anda dengan mana-mana pihak ketiga. (kecuali bagi pengguna Rusia, data mereka sahaja yang disimpan di Rusia).

#4 Bagaimana Untuk Memadam Data Kita?

Memadam gambar daripada aplikasi ini tidak memadai kerana gambar anda masih tersimpan di dalam server mereka. Oleh itu, apa yang anda boleh buat ialah pergi ke bahagian Settings>Support>Report a bug dan taip perkataan ‘privacy’ di ruangan subjek.

Sumber: thewashingtonpost

Read More  Bagaimana Untuk Mencari Kata Laluan WiFi?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...