Cara Untuk Memadam Sepenunya Data Dari Telefon Pintar/Komputer Riba Sebelum Dijual

0 243

Anda ingin menjual komputer riba atau telefon bimbit anda? Seperti biasa, semestinya anda akan memadam kesemua data di dalamnya sebelum melepaskan peranti tersebut kepada orang lain. Hakikatnya, tidak semua data tersebut dipadam dari cakera keras peranti anda.

Untuk menghapuskan kesemua data, anda memerlukan program seperti Darik’s Boot and Nuke (DBAN) yang membolehkan ia memadam data daripada cakera keras dengan selamat sehingga semua data tersebut tidak dapat dipulihkan kembali. Jika cara tersebut masih tidak berfungsi, kami sarankan anda menggunakan kaedah alternatif seperti Parted Magic.

Dan bagaimana pula dengan telefon bimbit dan tablet? Untuk mengelakkan data daripada dipulihkan, penyulitan (encrypted) data perlu diaktifkan di bahagian tetapan sebelum anda menggunakan reset. Dengan cara itu, mana-mana data yang tidak dipadam akan dihapuskan.

Jika peranti tersebut tidak menyokong penyulitan (encryption), pilihan lain ialah memadam kesemua data dan isikan cakera keras dengan fail lain. Kemudian, padam kesemuanya sekali lagi dan reset peranti anda di bahagian tetapan.

Sumber: Thestar

Read More  Kongsikan Kata Laluan Wi-Fi Menggunakan Kod QR di Android 10

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...