Kamera Google Translate Sudah Boleh Terjemahkan Dalam Bahasa Melayu!

328

Google Translate telah menambah lebih banyak lagi bahasa utuk aplikasi kamera terjemahannya yang membolehkan ia untuk membaca menu, papan tanda dan banyak lagi perkataan dalam 88 bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Hindi dan Mandarin.

Salah satu ciri terbaik aplikasi terjemahan Google ini ialah ia dapat membantu anda memahami bahasa satu dunia dengan hanya mengalihkan lensa kamera ke perkataan asing tersebut.

Aplikasi ini lebih kurang sama sahaja dengan ciri di dalam Google Lens dan ia boleh berfungsi walaupun pengguna tidak disambungkan ke WiFi atau data selular.

 Sebelum ini, Google Translate hanya boleh menterjemahkan bahasa lain kepada Bahasa Inggeris. Kini, pengguna sudah boleh mendapatkan terjemahan mana-mana bahasa kepada lebih dari 100 bahasa yang terdapat di dalam pangkalan data Google. Sebagai contoh, Bahasa Malaysia kepada Mandarin atau Mandarin kepada Bahasa Arab.

Buat kali pertama, teknologi Neural Machine Translation (NMT) ini dimasukkan ke dalam kamera terjemahan segera mereka untuk memberikan terjemahan yang tepat, logik dan mengurangkan kesilapan hampir 55%-85%.

Hampir kesemua bahasa boleh dimuat turun ke dalam peranti pengguna supaya ciri ini boleh digunakan walaupun tiada sambungan internet. Walaubagaimanapun, jika peranti ini disambungkan dengan internet, ciri ini akan menggunakan sambungan internet tersebut untuk menghasilkan terjemahan yang lebih berkualiti.

Aplikasi ini juga telah berwajah baru dan lebih mudah untuk digunakan serta didatangi dengan tiga ciri kamera terjemahan iaitu segera, imbas dan import. Ia boleh didapati di bawah skrin aplikasi.

Read More  Bagaimana Hendak Menterjemahkan Dokumen Ke Bahasa Lain Melalui Google Docs?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...