YTL Menawarkan 50 Wifi Awam Percuma di 50 Kawasan Georgetown

0 44

Syarikat telekomunikasi YTL telah melengkapkan percubaan pasaran Terragraph yang berfungsi untuk memberikan WiFi awam percuma di 50 kawasan Georgetown, Pulau Pinang.

Ia menawarkan rangkaian gigabit tanpa wayar dan mempunyai kelajuan jalur lebar yang sama seperti gentian optik dan mampu menghantar kelajuan 170Mbps untuk memuat turun dan 160 Mbps untuk memuat naik.

Setakat ini, sebanyak 19,000 pengguna menggunakan servis ini dan setiap pengguna akan dapat mendapat 320MB setiap sesi penggunaan WiFi percuma ini.

Servis ini mendapat penggunaan tertinggi di kawasan Love Lane, Lebuh Chulia, Masjid Kapitan Keling, Lebuh Campbell, Goddess of Mercy Temple, Pasar Malam Lebuh Chulia dan Lebuh Armenian.

Kredit: Lowyat

Mereka menggabungkan Terragraph bersama Gigawire, iaitu sebuah teknologi untuk membolehkan kelajuan gigabit dihantar menggunakan dawai tembaga.

Bukan itu sahaja, syarikat ini berjaya membangunkan IPv6 dan rangkaian gelombang milimeter tanpa wayar yang terbesar di Malaysia dimana kedua-duanya merupakan asas kepada rangkaian 5G.

Mereka juga menawarkan servis fixed wireless access (FWA) yang juga menggunakan Terragraph kepada 120 perniagaan tempatan, badan bukan kerajaan dan juga pejabat kerajaan.

CEO syarikat ini berkata syarikatnya masih dalam perancangan untuk memberikan sambungan yang lebih baik dan tidak lupa juga bagi mereka yang masih bergantung kepada teknologi dawai tembaga .

Mengikut maklumat terkini, Gigawire juga sedang membuat percubaan untuk pemasangan di beberapa lokasi terpilih di Kuala Lumpur tetapi syarikat ini akan mengumumkan kembali berita tersebut setelah mereka selesai memasang dan membuat sedikit pengujian.

Sumber: Thestar

Read More  Touch ‘n Go Bakal Menghentikan Penjualan SmartTAGs Dan Merancang Untuk Memperkenalkan RFID Pilot Pada Bulan September

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...