Dengan RM5.52, Jemaah Haji Dapat Menikmati 2Gb Data Percuma

0 56

Jemaah Haji Malaysia sudah boleh berhubung dengan keluarga melalui kad SIM prabayar yang mudah diakses. Lembaga Tabung Haji (TH) berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka telah menjalin kerjasama dengan Mobily di bawah Program Sahabat Korporat TH yang akan memberi perkhidmatan kad sim prabayar kepada jemaah haji Malaysia

Kad sim tersebut akan diberikan kepada jemaah di stesen berlepas sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci Mekah. Kad sim tersebut hanya boleh diaktifkan di Mekah dan Madinah.

Mereka hanya perlu menunjukkan lencana pengenalan diri jemaah haji di kaunter Mobily untuk pendaftaran. Pihak Mobily akan mengambil imbasan cap jari dari setiap jemaah.

Bagi pengaktifan Sim Kad Mobily, jemaah perlu menambah kredit sekurang-kurangnya SAR5 (RM5.52) untuk mendapatkan data percuma 2 Gigabait yang berlanjutan hingga tiga hari (bergantung kepada jumlah penggunaan). Kiosk Mobily juga terdapat di bangunan penginapan untuk perkhidmatan tambah nilai dan gantian kad sim.

Bagi mereka yang ingin menggunakan syarikat telekomunikasi yang lain, anda perlu menunjukkan lencana, pendaftaran telah diselaraskan dengan hanya menunjukkan lencana pengenalan diri jemaah haji sahaja. Selain Mobily, terdapat juga syarikat telekomunikasi yang lain yang menawarkan servis sama seperti Mobily contohnya Saudi Telecommunication Company (STC) dan Zain.

Pihak Tabung Haji mengingatkan jemaah Malaysia supaya mematuhi undang-undang Saudi dimana mereka hanya dibenarkan untuk mempunyai satu talian sahaja. Bagi jemaah yang tidak mempunyai telefon bimbit, Telekom Malaysia Bhd (TM) akan tetap meneruskan servis i-Talk untuk membolehkan jemaah membuat panggilan dengan kadar SAR1 setiap minit.

Tabung Haji melarang jemaah Haji untuk membeli kad sim dari ejen yang tidak diiktiraf di terminal haji, kawasan rehat atau berdekatkan dengan bangunan penginapan.

Read More  IGTV: Apakah ia? Bagaimanakah Cara untuk Menggunakannya?

Sumber: salamgateway.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...