Ingin Belajar Bahasa Arab Secara Percuma Tanpa Ke Kelas? Ini Solusinya

0 167

Dualingo telah melancarkan kursus bahasa baharu dan kursus ini khas bagi mereka yang ingin mempelajari Bahasa Arab. Kursus ini bukan sahaja untuk mereka yang baru mula untuk belajar Bahasa Arab malah juga sesuai untuk mereka yang ingin mempelbagaikan Bahasa.

Duolingo Membantu Anda Untuk Bercakap Dalam Bahasa Arab

Duolingo memfokuskan kepada kursus Bahasa Arab moden, dimana versi ini difahami oleh mereka yang bertutur dalam Bahasa Arab. Dengan mengikuti kursus ini, anda akan belajar untuk bercakap Bahasa Arab, dimana kurang formal daripada penulisan Bahasa Arab.

Kursus Bahasa Arab Duolingo akan memfokuskan kepada tiga aspek yang berbeza iaitu:

Tatabahasa: Untuk membantu penutur Bahasa Inggeris memahami Bahasa yang dibina oleh Duolingo supaya mereka dapat membina ayat untuk membezakan perbezaan tatabahasa di antara Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Abjad: Duolingo telah menstruktur kursus ini untuk mengajar abjad Arab secara metodologi dan memperkenalkan beberapa perkataan untuk memudahkan pengguna memahami dahulu sebelum berganjak kepada pembelajaran yang lain.

Fonetik: Setiap unit kursus ini mempunyai latihan fonetik, memberi peluang kepada pengguna untuk mempelajari bunyi perkataan Arab. Latihan ini akan menguji keupayaan pengguna untuk mendiskriminasikan satu bunyi dengan bunyi yang lain.

Anda sudah boleh mempelajari Bahasa Arab di Duolingo melalui web ataupun dari Android dan iOS. Duolingo tidak mengenakan sebarang caj tetapi jika anda ingin membuang iklan dan mempelajari bahasa walaupun dalam mod offline, anda perlu melanggan untuk Duolingo Plus.

Sumber: Makeuseof

Read More  Serangan Cybersecurity Android Naik 40%!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...