Adakah WhatsApp Menyimpan Mesej Anda?

0 220

Jawapannya tidak sama sekali. Mereka menggunakan encryption untuk menghantar mesej di antara dua peranti, melalui server WhatsApp. Setelah mesej tersebut dihantar, ia akan dipadam secara automatik daripada server Whatsapp. Mesej yang dipadam termasuk perbualan anda, gambar, video, mesej suara, fail dan informasi lokasi yang dikongsikan dengan kenalan anda.

snapchat app youtube smartphone device

Encryption memastikan hanya anda dan individu yang anda sedang berbual sahaja yang boleh membaca mesej yang dihantar. Pihak ketiga termasuklah WhatsApp sendiri tidak dapat untuk membaca mesej tersebut.

Walaubagaimanapun, kadangkala mesej juga berkemungkinan akan disimpan di dalam server WhatsApp jika tidak diterima oleh pihak penerima. Selepas 30 hari, barulah mesej tersebut akan dipadam.

Apa yang menyebabkan mesej tidak diterima? Ia berlaku jika anda atau penerima berterusan offline sampai ke suatu tempoh, jika anda disekat (block) oleh kenalan lain (kes ini jarang berlaku), atau jika pengguna tersebut dihapuskan dari penggunaan WhatsApp.

Sumber: Makeuseof

Read More  Lima Cara Untuk Mengosongkan Ruang (Free Up Space) Pada Peranti Android Anda!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...