Whatsapp Makan Storan Telefon Anda? Ini Cara Mudah Untuk Mendapatkan Lebih Storan

385

Jika anda mempunyai banyak ‘Group Whatsapp’ atau anda tidak memadam perbualan lama, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah storan yang rendah. Membersihkan fail media Whatsapp anda mungkin dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ini.

Untuk mengetahui perbualan mana yang memakan storan paling banyak, pergi ke Setting>Data dan anda akan dapat lihat Storage usage di bahagian menu. Di situ tersimpan kesemua perbualan yang disusun mengikut saiz.

Setelah anda menentukan perbualan mana yang perlu back up dari telefon anda, anda boleh buka perbualan dan pilih More>Export Chat dari menu.

Whatsapp membolehkan anda memilih jika anda ingin melampirkan bersama kesemua media atau hanya eksport teks mesej. Anda juga boleh menghantar backup tersebut melalui emel. Setelah selesai back up, anda boleh memilih untuk memadam sejarah perbualan dengan membuka perbualan tersebut dan pilih More>Clear chat dari menu.


Sumber: thestar.com

Read More  Cara-Cara untuk Menambah Sambungan di Chrome

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...