Jangan Buang Telefon Terpakai di Tong Sampah!

0 115

Anda mempunyai gajet yang tidak digunakan lagi? Jangan buang di tong sampah. Kitarkan semula di ‘Mobile E-waste’ yang telah disediakan di setiap negeri.

Mengapa Kempen ini Dijalankan?

Umum mengetahui, peralatan elektrik dan elektronik dibuat daripada besi, plastik, pottasium hidroksida dan banyak lagi bahan berbahaya yang lain. Bahan-bahan ini secara tidak langsung boleh membahayakan kesihatan anda dan mengganggu sistem saraf, penghadaman, respiratori dan juga pembiakan manusia.

Kempen ini telah dijalankan bertahun yang lalu tetapi masih ramai rakyat Malaysia yang masih tidak mengetahui tentang kempen ini. Bukan sahaja gajet, anda juga boleh mengitar semula lampu, peti ais, skrin, vakum dan apa-apa barang elektrik dan elektronik. Kotak pemungutan ‘mobile e-waste’ ini terdapat di setiap negeri. Anda boleh melayari pautan ini untuk melihat kotak pemungutan di negeri anda.

Sumber : MCMC

Read More  5 Cara Mudah Mengurangkan Memori Dan Minimalisasikan iPhone Anda

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...