Google Membangunkan Satu Permainan Video Yang Membolehkan Anda Mencipta Permainan Video Sendiri

0 157

Google telah membangunkan satu permainan video yang diberi nama Game Builder dan membolehkan anda mencipta sendiri permainan seperti Minecraft! Permainan yang telah dicipta boleh dimainakan bersama dengan rakan yang lain. Apa yang menariknya, anda boleh ‘drag and drop’ watak dan pemandangan untuk membina dunia anda sendiri dan kemudiannya anda boleh menetapkan arahan untuk memudahkan interaksi setiap elemen. Permainan ini percuma untuk dimainkan dan sudah tersedia di dalam Windows dan macOS.

Permainan ini dihasilkan dari ‘Area 120’, projek inkubator untuk membuat ujikaji (sebelum menjadi produk Google). Permainan ini sudah lama terdapat di dalam Steam sejak 1 November tahun lepas dan telah meraih 190 maklum balas yang sangat positif cuma Google baru melancarkan permainan ini hari ini di sistem operasi komputer supaya lebih ramai lagi yang dapat bermain.

Sumber: TechVerge

Read More  Perisian Filem Blu-ray Yang Boleh Ditonton Oleh Seisi Keluarga.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...