Bagaimana Untuk ‘Mention’ (@) Pengguna Lain di Gmail Versi Baru?

0 178

Selalunya kita akan nampak fungsi mention di media sosial bukan? Kali ini, Gmail telah menambah fungsi tersebut untuk digunakan di dalam emel. Mari kita lihat bagaimana anda boleh memanfaatkan fungsi mention pengguna lain.

How to Mention (@) Other Users in the New Gmail gmail mention

Anda perlu memastikan anda sudah menaiktaraf versi baharu Gmail. Jika anda masih menggunakan paparan lama, ciri ‘mention’ ini tidak akan didapati di dalam Gmail anda. Untuk menaiktaraf kepada versi terbaru, pergi ke Gear>Try New Gmail. Jangan risau, anda masih boleh tukar kepada versi klasik jika anda tidak menyukai versi terbaru.

  1. Buka aplikasi Gmail di pelayar anda.
  2. Mulakan emel baharu anda.
  3. Taip @ diikuti dengan perkataan awal nama pengguna.
  4. Pilih pengguna yang anda ingin panggil dari senarai penuh yang dipaparkan.
  5. Alamat emel mereka akan ditambah di dalam senarai penerima dan pengguna tersebut akan menjadi sebahagian daripada bebenang emel.

P/s: Untuk membuang nama yang anda mention daripada bebenang, anda perlu membuang mereka dari ruangan CC di kotak alamat.

Sumber: Makeuseof

Read More  Netflix Lancarkan Muat Turun Pintar (Smart Download) untuk Pengguna Telefon Bimbit

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...