Ciri Terbaru Google Maps Sudah Boleh Menunjukkan Kelajuan Pemanduan Anda

0 279

Sejak sebulan yang lalu, Google Map semakin banyak ditambah pelbagai ciri baharu. Menurut laporan Android Police, ciri terbaru yang sudah ditambah di dalam aplikasi navigasi Google Map akan menunjukkan selaju mana anda memandu.

Google masih lagi dalam proses untuk menambah ciri tersebut di dalam Maps, jadi anda mungkin perlu bersabar sedikit seandainya ciri ini belum lagi dimuatkan di aplikasi Maps anda. Tahukah anda, anda juga boleh melaporkan jika terdapat kamera perangkap kelajuan, kemalangan dan juga kesesakan lalulintas? Mari kami tunjukkan bagaimana untuk menghidupkan ciri-ciri tersebut.

Hidupkan Meter Kelajuan

  1. Buka aplikasi Google Map anda
  2. Sentuh di tiga garisan di sebelah atas kiri skrin.
  3. Pilih Setting
  4. Pilih Navigation Settings
  5. Skrol ke bawah dan anda akan lihat pilihan memandu. Salid todel untuk menghidupkan Speedometer. Jika anda tidak dapat melihat pilihan ini, itu bermaksud fungsi ini belum dimuatkan di dalam aplikasi anda.

Melaporkan Kamera Perangkap Kelajuan

  1. Buka aplikasi Google Map.
  2. Taip destinasi untuk mulakan proses navigasi– Anda hanya boleh melaporkan kamera kelajuan jika anda dalam mod navigasi.
  3. Sentuh ikon gelembung ucapan yang disekalikan dengan tanda tambah.
  4. Pilih Mobile Speed Camera
  5. Mesej “Adding mobile speed camera to the map.” akan timbul setelah kamera berjaya ditambah.
  6. Jika anda tersalah membuat laporan, anda mempunyai beberapa saat untuk membatalkannya dengan memilih Undo.

Melaporkan Kemalangan atau Kesesakan Lalu Lintas

  1. Buka aplikasi Google Map
  2. Taip destinasi untuk mulakan proses navigasi– Anda hanya boleh melaporkan kamera kelajuan jika anda dalam mod navigasi.
  3. Apabila anda di atas jalan dan melihat sesuatu yang pelik berlaku yang menyebabkan trafik bergerak perlahan, anda boleh membuat laporan dengan menyentuh ikon gelembung ucapan yang disekalikan dengan tanda tambah.
  4. Sentuh Add a report.
  5. Pilih crash atau slowdown. Satu mesej akan dipaparkan “Adding [crash, slowdown] to the map.” Anda boleh klik Undo jika anda tidak berniat untuk menghantar laporan tersebut.
Read More  5 Alasan Microsoft Dapat Lindungi Keselamatan PC Anda

Sumber: cnet

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...