Nampak perokok Degil di Restoran? Buat Aduan di Whatsapp Kementerian Kesihatan!

0 487

Ternyata masih ramai lagi yang merokok di restoran walaupun papan larangan merokok telah ditampal di setiap restoran. Terdapat juga segelintir pemilik kedai yang tidak berani untuk menegur kerana risau ditengking atau dimarahi.

Bagi pelanggan yang lain pula, ada yang kurang selesa dengan sikap pentingkan diri perokok yang merokok di restoran. Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah hal ini?

Buat sahaja aduan di Whatsapp Kementerian Kesihatan! Anda hanya perlu mengambil gambar perokok tersebut dan sertakan butiran yang diperlukan untuk dihantar ke nombor WhatsApp berkenaan 010-860 8949. Pengguna juga boleh membuat aduan jika restoran tersebut tidak meletakkan papan tanda larangan merokok.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Read More  4 Aplikasi Terbaik untuk Membantu Anda Berjimat Cermat

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...