6 URL Youtube Yang Anda Perlu Tahu
#1 Kongsikan Bahagian Tertentu Bersama Rakan Anda

Jika anda ingin berkongsi video kepada rakan-rakan tetapi ingin kongsikan minit video yang lebih spesifik atau anda ingin melangkau pengenalan video tersebut, anda boleh menambah &t=YmXXs di penghujung pautan video dan tukarkan Y kepada minit yang anda inginkan manakala XX untuk penukaran saat. Sebagai contoh:
youtube.com/watch?v=7RWI3-8N_-Y
akan ditukarkan kepada
youtube.com/watch?v=7RWI3-8N_-Y&t=1m30s
Jika anda tidak mahu menggunakan kaedah manual ini, hentikan seketika bahagian yang ingin dikongsikan, right-click dan pilih Copy video URL at current time.
#2 Ulangkan Video
Youtube merupakan sumber terbaik untuk mendengar muzik terutama sekali mendengar soundtrack ketika sedang bekerja atau mengulangkaji. Jika anda menyukai lagu tersebut dan ketagih untuk mendengarnya berulang kali, anda boleh menambah repeater selepas pautan di youtube. Ia akan memaparkan video anda di YouTubeRepeater.com dimana ia akan mengulang video tersebut.
Apa yang anda boleh lakukan tukarkan URL di bawah:
youtube.com/watch?v=oeb5LdAyLC8
kepada
youtuberepeater.com/watch?v=oeb5LdAyLC8
#3 Tonton Video Sekatan Umur Tanpa Perlu Log Masuk

Sebelum ini, anda mesti akan log masuk bukan?
Pilih mana-mana pautan video yang mempunyai sekatan umur seperti dibawah:
youtube.com/watch?v=wvZ6nB3cl1w
Tambah sahaja ayat gen di hadapan pautan
genyoutube.com/watch?v=wvZ6nB3cl1w
#4 Akses Youtube TV

Youtube TV hanya direka untuk smart TV dan aplikasi di konsol. Ia masih aplikasi Youtube yang sama cuma ia lebih kemas dan terdapat hanya beberapa shortcut yang mudah untuk digunakan menggunakan kawalan jauh.
Anda boleh layari URL ini untuk menikmati Youtube TV
youtube.com/tv
#5 Buat GIF Daripada video

Anda menjumpai video yang sesuai untuk dibuat sebagai GIF? Cipta satu dengan mudah dari mana-mana bahagian video dengan menambahkan gif sebelum pautan Youtube.
Sebagai contoh, pautan asalnya ialah seperti dibawah:
youtube.com/watch?v=gy1B3agGNxw
Tukar pautan mengikut contoh di bawah:
gifyoutube.com/watch?v=gy1B3agGNxw
Anda akan dibawa ke laman web gifs.com. Dari situ, anda boleh menambah pelbagai efek dan crop GIF tersebut mengikut pilihan anda. Setelah selesai, kongsikan GIF ke rangkaian sosial menggunakan pautan ataupun muat turun GIF yang sudah siap dibuat.
#6 ‘Mash Up’ Video Youtube
Walaupun trik ini tidak menggunakan URL daripada youtube, tetapi ia masih sangat berbaloi untuk diketahui. Anda boleh layari YoutubeDoubler dan tambah dua pautan video Youtube untuk digabungkan. Anda boleh tetapkan untuk mula dari masa yang spesifik supaya penggabungan tersebut nampak seperti real!
Komen