Rekod Skrin Desktop Dengan Bijak Tanpa Perlu Memuat Turun Aplikasi!

0 404

Sebelum ini, mungkin ramai yang akan muat turun Screencast-o-matic, Bandicam dan pelbagai lagi aplikasi yang boleh merekod skrin. Jika anda seorang yang sering menggunakan fungsi berikut, apa kata anda jimatkan storan anda dan gunakan fungsi itu daripada Microsoft Powerpoint sahaja!

Sangat mudah penggunaannya, dan kami percaya anda sudah boleh mendapatkan video skrin yang telah direkod dalam satu minit sahaja! Anda hanya perlu ikut langkah demi langkah seperti dibawah:

  • Pergi ke tab Insert dan klik Screen Recording
  • Klik Select Area atau gunakan shortcut di papan kekunci Windows key + Shift + A.
  • Gunakan alatan yang muncul di skrin, klik dan tarik bahagian skrin yang ingin direkod.
  • Secara default, audio dan penunjuk tetikus akan direkod bersama-sama. Jika anda tidak mahu ia direkod sekali, klik butang di bahagian bawah skrin untuk menutupnya.
  • Klik butang rekod atau gunakan shortcut papan kekunci Windows key+Shift+R untuk mulakan perekodan. Anda juga boleh menggunakan shortcut untuk pause dan resume. Anda boleh pergi ke program atau aplikasi yang berlainan tanpa menghentikan Powerpoint itu dari merekod.
  • Setelah anda selesai merekod, alihkan titik tetikus ke butang Stop atau gunakan shortcut Window key + Shift + Q untuk menghabiskan perekodan.
  • Untuk simpan hasil skrin yang direkod, right-click video tersebut and pilih Save Media As.
  • Kotak dialog akan dipaparkan untuk anda namakan video tersebut dan pilih lokasi fail. Akhir sekali, klik Save.

P/s: Ciri ini cuma wujud untuk PC yang menggunakan Microsoft Powerpoint 2016 dan versi PowerPoint 2013 yang telah dikemaskini.

Read More  Bagaimana Hendak ‘Senyapkan’ E-mel Berantai Dalam Gmail?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...