Aplikasi Ini Akan Membantu Panggilan Video Mesyuarat Anda Lebih Produktif!

0 259

Teknologi semakin dimana ia dapat membantu panggilan video menjadi lebih jelas dan mudah digunakan. Tetapi apa yang penting ialah team anda dapat memahami isi mesyuarat dan dapat mengambil bahagian untuk setiap topik yang dibincangkan.

two person sitting in front of table

Apa yang kita dapat lihat, banyak servis menawarkan kadar harga premium lebih mahal jika mahukan panggilan video mesyuarat yang berkualiti, durasi video lebih lama dan kuantiti ahli di dalam video lebih dari 100 orang. Mujurlah, telah wujud aplikasi RingCentral Meeting yang menggunakan web berasaskan “cloud” dan komprehensif untuk menikmati pengalaman video HD, screen-sharing dan kolaborasi pasukan secara menyeluruh dan menawarkan penggunaan percuma 15-hari.

Jika anda yang memulakan panggilan video tersebut, anda boleh berkongsi slaid presentation, papan putih, laman web serta fail dari komputer atau storan berasaskan cloud (Dropbox dan Google Drive) kepada pasukan anda. Anda juga akan diberikan kelebihan untuk mengunci mesyuarat, menyimpan perbualan dan merekod mesyuarat untuk perkongsian dan rujukan akan datang. Ahli video anda pula boleh mengangkat tangan, membuat mod mikrofon bisu atau tidak bisu, membuat permintaan remote control dan memulakan mesej perbualan ketika perbincangan.

man holding black Android smartphone

Aplikasi ini boleh digunakan di telefon pintar, tablet ataupun dari komputer anda. Sangat mesra pengguna kerana anda boleh gunakan aplikasi tersebut walaupun anda tiada di pejabat.

Selepas anda mendaftar RingCentral Meeting, anda sudah dapat memperolehi kesemua ciri penuh aplikasi ini secara percuma.

Sumber : Entrepreneur.com

Read More  Kini Anda Boleh Cipta Dan Kongsikan Google Map List Anda Dari Desktop!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...