Khas Untuk Pemilik Bisnes: Layari Internet Dengan Lebih Selamat Menggunakan VPN Ini!

327

Jika anda seorang pemilik bisnes, sudah tentu anda akan membeli telefon pintar yang baharu untuk menguruskan perniagaan anda. Apabila perniagaan semakin berkembang, banyak penggunaan telefon pintar diperlukan untuk menyemak emel secara kerap, membuat dan mengangkat panggilan daripada klien dan pekerja serta memuat turun aplikasi untukmenguruskan perniagaan. Persoalannya, adakah maklumat kewangan dan emel sulit anda masih selamat?

SaferVPN dapat menjadi solusi kepada sekuriti data peribadi di dalam telefon pintar untuk membantu anda melayari laman web dan selamat untuk digunakan untuk tujuan pengurusan kerja. SaferVPN sangat mudah digunakan dan boleh dipasang di dua peranti secara serentak. Ia melindungi telefon anda hingga ke peringkat “sekuriti bank” di mana ia boleh melindungi telefon anda dari penggodam untuk mencuri maklumat peribadi dan menyekat pengiklan untuk menggunakan data anda bagi tujuan pemasaran. Ia juga melindungi sejarah carian internet daripada syarikat pengeluar perkhidmatan rangkaian.

Salah satu ciri terhebat VPN ini ialah ia mempunyai fungsi sekuriti Wi-Fi automatik. Apabila anda didapati menggunakan Wi-Fi yang tidak selamat, ia akan dihidupkan secara automatik walaupun telefon anda tidak digunakan. Wi-Fi yang tidak selamat akan mempercepatkan lagi data anda didedahkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Harga asal VPN ini RM3,221.83 tetapi VPN ini ditawarkan dengan harga promosi iaitu sejumlah RM186.55. Diskaun sehingga 94% dan sangat berbaloi untuk dimiliki.

 

Sumber: Entrepreneur.com

Read More  27 Nama Yang Berbahaya Untuk Digunakan Sebagai Kata Laluan Tahun 2018

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...