Ketahui Punca Sebenar Kelajuan Internet Makin Perlahan

1,432

Masalah kelajuan internet bukan lagi masalah yang jarang didengari. Namun, apakah punca kepada masalah ini? 

#1 Punca Kelajuan Makin Perlahan?

  • Gangguan daripada rangkaian jiran yang sedang menggunakan sambungan internet anda
  • Terdapat serangan jahat di dalam rangkaian anda
  • Penambahan jumlah peranti yang sedang menonton video atau bermain permainan komputer
  • Jarak yang jauh dari router

#2 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menyelesaikan Masalah Ini

  • Pastikan sekuriti router anda sentiasa dikemaskini
  • Tetapkan kata laluan supaya jiran anda tidak menggunakan internet anda tanpa izin
  • Posisikan router anda lebih tinggi daripada kawasan yang anda selalu gunakan untuk mengakses internet
  • Jauhkan router anda daripada peranti elektromagnetik seperti pencahayaan pintar, ketuhar gelombang mikro, televisyen, peti ais dan sebagainya. Bluetooth juga boleh menyebabkan sambungan internet anda terganggu dan menjadi perlahan

Jika anda merasakan punca di atas bukan masalah kepada sambungan internet, anda boleh cuba menyemak kelajuan internet di Ookla. Rekod corak kelajuan dari semasa ke semasa dan hubungi syarikat penyedia internet di rumah anda untuk mendapatkan solusi yang terbaik.

 

Sumber Lifewire

Read More  'Hard Disk' Rosak! Langkah Perlu Diambil.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...