7 Tips Untuk Memastikan Akaun “Online Banking” Anda Tidak Kena “Hack”

0 238

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes akaun bank CIMB digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengakibatkan kerugian yang besar kepada pemilik akaun tersebut. Hakikatnya, sebagai pengguna kita tidak boleh menyalahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan kerana masih ada cara yang boleh dipraktikkan untuk mencegah perkara ini. Mari kita semak satu persatu samada sudah dilakukan atau belum.

 

Tips #1 Tukar Kata Laluan Dengan Kerap

Saya faham, agak menyusahkan untuk menukar kata laluan berkali-kali. Tetapi percayalah, cara ini sangat berkesan utuk melindungi akaun anda daripada penggodam.

Jangan khuatir, anda boleh menggunakan Lastpass untuk menyimpan semua kata laluan dengan selamat. Dengan aplikasi tersebut, anda tidak perlu untuk mengingati banyak kata laluan kerana ia akan mengisi butiran log masuk secara automatik. Ia juga mempunyai fungsi password generator untuk memberi idea kata laluan baru.

 

Tips #2 Jangan Guna Wi-Fi Awam

Public Wi-Fi Online Banking Security

Wi-Fi awam bukan sahaja lambat, malah ia tidak menyediakan sambungan internet yang selamat. Apabila penggodam masuk ke Wi-Fi awam, mereka boleh melihat kesemuanya termasuklah log masuk akaun bank anda.

Walaubagaimanapun, pastikan anda selalu menyemak pautan bank anda samada ia bermula dengan “https://” atau “http://”. Jika ia “http://”, maka ia tidak selamat untuk dilayari. Selain itu, anda boleh menggunakan VPN atau menggunakan rangkaian selular untuk membuka online banking.

 

Tips #3 Membenarkan Pengesahan Dua Faktor

Apabila anda pertama kali menggunakan pengesahan dua faktor, anda akan menerima teks mesej dan kata laluan utnuk log masuk ke dalam akaun anda. Jika penggodam ingin memasuki akaun anda, anda akan menerima teks bersama-sama dengan kos. Jika anda sedar anda tidak melakukan sebarang permintaan, anda boleh terus hubungi pihak pengurusan bank untuk menyekat aktiviti penggodam tersebut.

Read More  Kaedah Manual Untuk Tetapkan Lokasi Tepat Anda Di Google Chrome!

 

Tips #4 Elakkan Log Masuk Secara Automatik

Automatic Login Screen Online Banking

Dengan log masuk automatik, pelayar anda akan menyimpan nama pengguna dan kata laluan dan memudahkan anda untuk mengakses tanpa perlu mengingati butiran log masuk. Sebenarnya, ia tidak selamat walaupun agak memudahkan.

Anda perlu elakkan fungsi ini terutama sekali jika anda menggunakan online banking di telefon bimbit. Apa akan jadi jika telefon anda dicuri? Mereka tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan butiran log masuk anda untuk masuk ke akaun bank. Setakat ini, fungsi log masuk secara automatik daripada Lastpass masih lagi selamat untuk digunakan.

 

Tips #5 Gunakan aplikasi Perbankan Telefon

Online Banking Mobile App

Muat turn aplikasi bank dan gunakan di telefon daripada mengakses dari desktop anda. Hal ini kerana, komputer seringkali mudah dijangkiti dengan serangan yang berniat jahat manakala di telefon, kita jarang sekali mendengar hal tersebut berlaku. 

 

Tips #6 Kemaskini Komputer Dan Peranti Telefon

Windows Update Online Banking Security

Pengemaskinian selalunya mengambil masa beberapa minit atau jam, disebabkan itu ramai pengguna tidak mengemaskini komputer mereka. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mengemaskini selama berbulan-bulan atau bertahun, anda tidak akan mendapat perlindungan terkini untuk melawan seranga jahat.

 

Tips #7  Selalu Menyemak Penyata Bank

Jangan terlepas pandang untuk menyemak penyata bulanan bank kerana berkemungkinan terdapat aktiviti penipuan yang anda terlepas pandang. Dengan menyemak penyata anda, anda boleh mengesan sebarang transaksi yang pelik dan anda boleh melakukan tindakan lanjut untuk menyelesaikan masalah berikut.

Sumber: Makeuseof.com

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...