Hantar Ucapan Ramadhan Anda Menggunakan Stiker Whatsapp Ramadhan Yang Comel

425

Sebelum ini, fungsi stiker Whatsapp telah mendapat populariti tinggi dari pengguna untuk menghantar ucapan kepada rakan-rakan dan keluarga sempena musim perayaan. Setakat ini, Whatsapp belum lagi menawarkan pek stiker Ramadhan tetapi anda masih boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk menghantar stiker tersebut.

Apa yang anda perlu buat, buka aplikasi Whatsapp dan sentuh ikon emoji bersebelahan ruangan menaip. Sentuh ikon stiker dan sentuh juga ikon tambah. Skrol ke bawah dan sentuh “Get More Stickers” untuk dibawa ke aplikasi Play Store. Dari situ, anda akan lihat perkataan “WAStickerApp” di bar carian bukan? Tambah perkataan “Ramadhan” di sebelah¬†“WAStickerApp”.

ramadan, ramzan, whatsapp stickers, ramadan stickers, ramzan stickers, whatsapp ramzan stickers, whatsapp stickers for ramzan, ramadan wishes, ramadan stickers whatsapp, whatsapp stickers ramzan, whatsapp stickers ramadan

Secara alternatif, anda akan dibawa terus ke senarai aplikasi stiker Ramadhan. Pilih mana-mana aplikasi dan muat turun di dalam telefon anda. Setelah dimuat turun, anda akan lihat pek stiker Ramadhan yang ditawarkan oleh aplikasi tersebut.

Jika anda tidak menyukai pek stiker tersebut, anda boleh uninstall dan pilih aplikasi stiker yang lain.

Peringatan: Setelah anda uninstall aplikasi stiker sebelum ini, pek stiker yang telah dimuat turun ke dalam whatsapp juga akan hilang.

Read More  Bagaimana Hendak Menterjemahkan Dokumen Ke Bahasa Lain Melalui Google Docs?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...