Permainan Video Klasik Sudah Boleh Dimainkan Di Telefon Pintar Android Hanya Menggunakan Emulator

193

Bagi sesiapa yang lahir pada tahun 90-an, mesti anda membesar dengan permainan video klasik seperti Super Mario, Pac Man dan banyak lagi permainan video klasik yang telah kita main sejak kecil. Jika anda merupakan pengguna Android, anda sudah boleh bermain permainan video klasik tersebut di telefon pintar anda. Apa yang anda perlu buat hanya perlu memuat turun emulator di telefon anda.

1) RetroArch

Jika anda mempunyai keinginan untuk bermain permainan video klasik pelbagai jenis, anda boleh muat turun aplikasi emulator ini di telefon pintar anda. RetroArch merupakan open source engine yang membenarkan emulator yang main menyokong semua permainan mereka. Anda boleh memilih pelbagai jenis pilihan yang anda boleh gunakan seperti SNES, Playstation, Sega Genesis dan banyak lagi. Anda hanya perlu memilih salah satu daripada pilihan yang diberikan dan anda sudah boleh bermain

2) MAME4droid

Bagi sesiapa yang memang gemar untuk bermain permainan video yang betul-betul klasik, anda boleh menggunakan emulator MAME4droid. MAME merupakan singkatan untuk Multiple Arcade Machine Emulator dan ia menyokong hampir 8,000 permainan video klasik yang anda boleh mainkan di telefon anda. Tetapi, jika anda ingin memuat turun permainan tersebut dalam jumlah yang banyak dan permainan yang mempunyai permintaan yang tinggi, anda memerlukan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang tinggi supaya tidak mengalami sebarang gangguan semasa menggunakannya.

3) Nostalgia.NES – Nintendo Entertainment System emulator

Jika anda benar-benar penggemar permainan video klasik, pastinya anda akan tahu mengenai Nintendo Entertainment System. Anda boleh mengubah butang kawalan mengikut keselesaan anda, menyimpan data permainan yang telah dimainkan dan mengulang semula permainan itu jika anda tersilap langkah semasa bermain permainan itu. Hebat bukan? Tetapi, anda hanya boleh permainan tersebut apabila telefon anda mempunyai sambungan internet sahaja.

Read More  Review Aplikasi: Swafoto dengan Kamera Belakang Telefon Pintar

Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua supaya dapat bermain permainan klasik ini. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai emulator-emulator yang lain, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan untuk anda di bawah ini.

Sumber : The Best Emulator for Android

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...