Anda Sudah Boleh Mengawal Siapa Yang Ingin Memasukkan Anda Ke Dalam Group WhatsApp

0 178

Aplikasi WhatsApp telah menambah satu ciri privasi yang terbaru dan telah dilancarkan pada 3 April yang lalu. Ciri privasi terbaru ini akan membenarkan anda untuk menetapkan siapa yang boleh memasukkan diri anda ke dalam sesuatu kumpulan.

Antara pilihan-pilihan yang terdapat di dalam aplikasi WhatsApp ini ialah Nobody, My Contacts dan Everyone. Jika anda memilih Nobody, mereka akan memerlukan kebenaran anda jika mereka ingin memasukkan anda ke dalam suatu kumpulan di aplikasi tersebut. Manakala My Contacts pula, mereka yang berada di dalam kenalan anda sahaja yang dibenarkan untuk memasukkan anda ke dalam kumpulan. Akhir sekali, Everyone pula sama sahaja seperti sebelum ini iaitu sesiapa sahaja boleh memasukkan anda ke dalam kumpulan di WhatsApp tanpa memerlukan kebenaran anda.

 

Seandainya anda memilih Nobody, perkara ini yang akan berlaku. Pertama sekali, anda akan mendapat satu pautan untuk menjemput anda ke dalam kumpulan tersebut. Anda boleh memilih samada ingin menerima atau menolak jemputan itu. Anda akan diberi masa selama 3 hari untuk membuat keputusan tersebut sebelum pautan tersebut luput.

WhatsApp telah menambah ciri terbaru ini kerana aplikasi ini sudah terkenal dan digunakan oleh semua orang di serata dunia. Disebabkan itu, ramai orang telah menyebarkan khabar angin yang tidak betul dan propaganda melalui aplikasi ini. Oleh hal yang demikian, mereka mengambil langkah ini supaya perkara-perkara seperti ini dapat dibanteras dengan kadar yang segera.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri ini, anda hanya perlu klik pada pautan yang telah kami sediakan di bawah ini untuk anda semua. Jangan lupa untuk kongsikan sekali kepada rakan-rakan anda mengenai ciri terbaru ini.

Read More  Trik Terbaru! Kini, Anda Boleh Akses Permohonan BRIM Dari Telefon Pintar Anda Tanpa Perlu Muat Turun Aplikasi!

Sumber : WhatsApp Finally Lets You Control Who Can Add You Into Group

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...