Anda Sudah Boleh Video Chat Seramai 50 Orang Menggunakan Skype

194

Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini Skype hanya membenarkan pengguna untuk membuat video chat seramai 25 orang sahaja. Tetapi, itu semua sudah lapuk. Hal ini kerana, Skype telah menambah kapasiti untuk pengguna membuat video chat dari bilangan 25 ke 50 orang. Jadi anda boleh memilih samada anda ingin bersembang samada melalui video ataupun suara sahaja.

Dengan adanya penambahan seperti ini di Skype, anda sudah boleh membuat video chat dimana-mana sahaja yang anda inginkan dengan semua rakan atau pekerja anda. Anda sudah boleh membuat mesyuarat pada bila-bila masa sahaja yang anda ingin tanpa berada di bilik mesyuarat itu jika terdapat hal mustahak yang perlu dibincangkan ketika itu.

Jika anda hendak membandingkan dengan perisian atau aplikasi lain anda gunakan, Skype sebenarnya telah mengalahkan mereka semua. Sebagai contoh, Facetime di iOS dan Mac hanya membenarkan kita untuk membuat kumpulan video chat seramai 32 orang sahaja. Skype juga telah menambah beberapa ciri terbaru supaya anda dapat menggunakannya dengan lebih selesa.

Antara ciri-ciri yang telah ditambah ialah mereka telah menambah notifikasi dengan menggantikan nada dering ketika ada kawan-kawan yang ingin membuat video chat bersama-sama dengan anda. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk mengaburkan latar belakang supaya tidak diganggu semasa video chat.

Apa yang anda tunggu lagi? Marilah kita bersama menggunakan perisian Skype ini supaya dapat berhubung dengan lebih mudah. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber : Skype Double its Group Video Chat Limit To 50 People.

Read More  Kenapakah Bateri Lithium-Ion Mudah Meletup?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...