Kerusi Roda AbleChair Akan Membantu Ramai Pesakit Lumpuh Untuk Menjalani Kehidupan Harian
Pada abad Ke-21, banyak kajian telah dijalankan untuk membantu para pesakit lumpuh supaya mereka dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih mudah. Maka terhasillah kerusi roda elektronik yang diberi nama AbleChair. Mari sama-sama kita ketahui lebih mendalam mengenai kerusi roda ini.
Naib presiden AbleChair iaitu Deepak Vatti berkata bahawa sasaran mereka adalah untuk membantu orang yang tidak berkemampuan untuk menjalani kehidupan akibat lumpuh dan menyokong badan mereka tidak mengira senario yang berlaku kepada mereka sebelum ini. AbleChair ini diibaratkan sebagai tangan robot kerana kita boleh mengawalnya hanya dengan menggunakan telefon pintar.
Apa yang membuat kerusi roda ini istimewa dan patut digunakan oleh orang ramai adalah disebabkan fungsinya yang sangat hebat. Salah satu keistimewaan kerusi roda ini adalah anda mampu untuk mengubah pelbagai posisi pada kerusi roda itu. Sebagai contoh, anda boleh baring, berdiri menggunakan kerusi roda itu dan banyak lagi. Hebat bukan semua?
Anda boleh membeli kerusi roda AbleChair ini dengan harga RM 33,000 sahaja. Jika anda merasakan harga kerusi roda ini mahal, sebenar tidak sama sekali. Hal ini kerana, dengan penggunaan teknologi-teknologi yang sangat hebat, harga itu tidaklah terlampau mahal jika anda berminat untuk memilikinya. Produk ini dijangka akan dijual di pasaran secara menyeluruh pada Oktober 2019.
Jika anda merasakan segala info yang kami berikan ini tidak cukup, anda boleh mengetahuinya secara lebih mendalam dengan klik pautan yang kami telah sediakan untuk anda semua.
Sumber : AbleChair Wheelchair Can Transform From Seated To Standing
Komen