Xiaomi Mi 9 Merupakan Telefon Pintar Paling Baru Yang Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

0 209

Syarikat Xiaomi telah mengumumkan Mi 9 akan dilancarkan di negara eropah dan China. Telefon pintar ini menggunakan prosessor terbaru iaitu Snapdragon 855 dan merupakan telefon pertama yang menggunakan 3 lensa pada kamera belakang. Mari kita lihat spesifikasi telefon ini dengan lebih mendalam.

Reka Bentuk

Xiaomi Mi 9 diperbuat daripada kaca 2.5D Gorilla Glass 6 pada bahagian belakang dan Gorilla Glass 5 pada bahagian depan iaitu 6.4 inci skrin AMOLED. Keluasan skrin hadapan ialah 2340 x 1080 pixel. Telefon ini didatangi dengan 4 warna yang berbeza. Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah versi lutsinar sama seperti Mi 8 Pro Explorer. Tapi, anda tidak dapat melihat komponen yang sebenar pada telefon pintar ini kerana mereka hanya meletakkan gambaran sebenar sahaja.

Prestasi Dan Bateri

Mi 9 menggunakan prosessor Qualcomm paling terbaru iaitu Snapdragon 855 dimana ia mampu bergerak dengan kelajuan 2.84 GHz. Saiz RAM yang terdapat pada telefon pintar ini ialah 6 GB dan didatangi dengan 64 atau 128 GB memori simpanan. Xiaomi merupakan salah satu pengeluar telefon pintar yang menggunakan cip terbaru selain daripada OnePlus dan Lenovo. Kuasa bateri yang terdapat pada telefon ini hanya 3300mAh sahaja. Tetapi disebabkan ia menggunakan Snapdragon 855 tersebut, telefon tersebut dapat bertahan dengan lebih lama dari yang sepatutnya.

Kamera

Ini merupakan kali pertama Xiaomi menggunakan 3 lensa berbanding dengan telefon keluaran mereka sebelum ini. Lensa utama kamera itu ialah IMX586 Sensor, sama seperti Honor View 20, dan mempunyai 48 megapixel pada kamera belakang. Ia sangat sesuai untuk digunakan pengguna yang gemar menangkap gambar dalam mod gelap. Tambahan pula, ia juga disokong oleh mod potret A.I. dan pengesan panorama.

Read More  Cara Untuk Mengubah Berapa Lama Skrin iPhone Anda Aktif Sebelum Ia Dikunci Secara Automatik

Sekuriti, Perisian  Dan Ciri Istimewa

Generasi Ke-5 fingerprint terletak di bawah skrin tersebut. Pihak Xiaomi menjelaskan bahawa ianya dapat menghantar maklumat dengan lebih pantas. Telefon ini juga mempunyai ciri istimewa seperti butang carian, peringatan pada kalendar dan Pengesan QR. Di sebelah sisi telefon tersebut, terdapat butang tambahan yang anda boleh gunakan untuk menghubungi Google Assistant jika terdapat sebarang masalah. Anda tidak perlu risau kerana butang tersebut boleh ditukar kepada fungsi yang lain jika anda tidak mahu menggunakan fungsi yang telah disediakan itu. Xiaomi Mi 9 ini menggunakan sistem operasi Android 9.0 atau lebih dikenali sebagai Pie.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini untuk anda semua.

Sumber : Xiaomi Mi 9

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...