Teknologi-Teknologi Terbaru Yang Dapat Membantu Anda Menjalani Kehidupan Seharian

0 143

Di zaman yang serba canggih ini, telah lahir ramai pencipta teknologi yang ingin membantu anda untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih senang. Oleh itu, mereka telah mencipta pelbagai jenis teknologi yang dapat digunakan setiap hari. Mari kita lihat satu persatu teknologi-teknologi yang telah dihasilkan

1) Gomi Portable Speaker Made From Plastic Waste

Jika anda gemar mendengar muzik menggunakan pembesar suara, anda patut mencuba Gomi Portable Speaker ini. Apa yang membuatkan pembesar suara ini lain daripada yang lain adalah disebabkan ianya diperbuatkan daripada plastik yang dikitar semula. Mereka ingin memastikan pembesar suara itu bersifat mesra alam. Corak pada pembesar suara itu sangat menarik untuk dilihat dan warna pada pembesar suara tersebut tidak akan sama coraknya kerana mereka lebur plastik tersebut mengikut warna plastik yang ada.

Bunyi yang dihasilkan oleh pembesar suara itu tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan pembesar suara yang berjenama. Ia menghasilkan bunyi sehingga 84 decibels hanya dengan menggunakan kuasa elektrik sebanyak 1 watt sahaja. Tambahan pula, ia mempunyai Bluetooth 4.0 dan anda mampu menggunakannya di mana-mana sahaja. Ia mampu bertahan sehingga 18 jam tanpa henti dan anda tidak perlu risau jika ianya akan mati semasa menggunakannya.

2) Hunt 22 UV Flashlight

Anda ingin memiliki lampu sinar ultra ungu(UV) sendiri? Sekarang semua angan-angan itu akan tercapai kerana mereka telah mencipta sebuah lampu UV yang boleh dibawa kemana-mana sahaja dan diberi nama Hunt 22 UV Flashlight. Apa yang membuatkan ia menarik ialah disebabkan saiznya yang kecil dan ianya dibuat menggunakan titanium yang bersifat kalis api, air dan ais. Hebat bukan?

Read More  6 Alternatif Terbaik Dan Murah Untuk Adobe Photoshop!

Lampu ini sangat sesuai untuk digunakan oleh jurukamera jika mereka ingin mendapatkan sebuah gambar yang gempak dan cantik. Bukan itu sahaja, mereka yang ingin bermain sebagai penyiasat juga boleh menggunakannya untuk mencari cap jari dan sebagainya. Tetapi, jika anda tertanya-tanya patut atau tidak anda membeli lampu UV ini, jawapan kami ialah tidak melainkan anda memang perlu menggunakannya.

3) Clip Portable e-Motor

Berbasikal sangat bagus untuk kesihatan kita dan pada masa yang sama kita dapat menjaga kebersihan alam sekitar. Tetapi, apa yang membuatkan orang ramai tidak gemar untuk menaiki basikal kerana penat untuk mengayuh terutama di kawasan bukit. Masalah itu telah dapat diselesaikan dengan terciptanya Clip Portable e-Motor. Harganya sangat murah dan berpatutan jika hendak dibandingkan dengan membeli ebike yang harganya mencecah sehingga RM3000.

Klip ini menggunakan motor elektrik mudah alih untuk menambahkan kelajuan kayuhan basikal kita. Untuk memasang klip ini amatlah mudah, anda hanya perlu meletakkannya pada roda tayar basikal anda dan anda boleh mula mengayuh dengan mudah kerana telah dibantu oleh motor 450-watt. Klip ini sangat ringan dan anda boleh membawanya kemana-mana sahaja samada dengan memegangnya atau menyimpan di dalam beg anda.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ciptaan-ciptaan yang telah dihasilkan, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber : Best New Crowdfunding Projects On Kickstater And Indiegogo

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...