AZ Screen Recorder Akan Menyelesaikan Masalah Anda Untuk Merekod Video Di Skrin Paparan Telefon Pintar

245

Pada hari ini, kami akan berkongsi dengan anda semua tentang satu aplikasi yang anda boleh gunakan untuk merekod video di skrin paparan telefon anda.Kebanyakan pengguna mempunyai masalah ini apabila mereka ingin merekod video permainan yang mereka mainkan bersama rakan-rakan. Semua itu sudah dapat diselesaikan dengan menggunakan aplikasi AZ Screen Recorder.

1) Cara Menggunakannya

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu memuat turun aplikasi ini di Playstore. Setelah selesai, anda perlu membuka aplikasi tersebut dan akan muncul bulatan kecil di sisi skrin paparan telefon anda. Di situ, terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh gunakan seperti rekod, membuat tangkapan skrin, membuat siaran langsung dan banyak lagi. Apabila anda ingin memulakan perekodan aplikasi ini, anda akan diminta untuk membuat pengesahan untuk membenarkannya.

2) Fungsi Bulatan Kecil

Bulat kecil yang berada di sisi skrin itu mempunyai banyak fungsi yang memudahkan anda menggunakan aplikasi ini. Sebagai contoh, anda boleh pergi terus ke aplikasi tersebut hanya dengan klik butang tetapan berbentuk gear tanpa perlu mencari aplikasi itu di carian menu. Selain itu, anda boleh mengubah resolusi  video yang anda rakam mengikut kemahuan anda dan menyimpan video tersebut.

3) Fungsi Lain 

Aplikasi ini juga menyediakan fungsi untuk menyunting video yang telah dirakam dan membolehkan anda untuk melukis ataupun menulis sesuatu semasa anda merekod video tersebut. Fungsi ini amat sesuai sekali kepada orang yang gemar untuk menyunting video. Selain itu, anda juga boleh potong bahagian yang anda tidak inginkan dan menambah audio mengikut citarasa anda sendiri. Apa yang membuatkan perisian ini lebih menarik, anda boleh menukar video anda tersebut kepada format GIFs. Hebat bukan?

Read More  10 Chrome Extension Yang Anda WAJIB Pasang

Jika anda tidak percaya, anda boleh cuba sendiri dengan memuat turun aplikasi ini di telefon pintar anda. Jika anda ingin mengetahui aplikasi mana lagi yang anda boleh gunakan, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan untuk anda di bawah ini.

Sumber : How To Record The Screen On Android Device.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...