Apple Akan Mengeluarkan Semula iPod Pada Tahun ini

0 96

Apple akan mengeluarkan semula produk mereka yang telah lama tidak dikeluarkan iaitu iPod Touch. Produk ini pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Apple akan mengeluarkan sebuah iPod yang terkini dan iMac yang berkuasa tinggi tidak lama lagi.

Kepada sesiapa yang sering mendengar lagu menggunakan Spotify dan Apple Music, ianya bukan pilihan yang bagus jika anda ingin menggunakan iPod untuk mendengarnya. Hal ini kerana, iPod sebelum ini tidak menyokong internet 4G dan menyebabkan ramai pengguna tidak lagi menggunakannya. Selain itu, ia juga sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur supaya mereka tidak lagi terdedah kepada telefon sebenar.

Khabar angin mengatakan spesifikasi iPod yang bakal dikeluarkan ini menggunakan prosessor  A10 Fusion dan  cip A11 Bionic yang mampu untuk mengemaskini iOS terbaru jika perlu dikemaskini pada masa akan datang. Walaupun spesifikasinya bagus, tidak ramai yang menggunakannya dan menyebabkan Apple terpaksa menghentikan pengeluaran iPod tersebut pada 2017 yang lalu.

Diharapkan dengan keluarnya model terbaru ini dapat menaikkan semula jenama iPod ini di pasaran. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber : New Apple iPod Touch Will Come This Year

Read More  Kerusi Roda AbleChair Akan Membantu Ramai Pesakit Lumpuh Untuk Menjalani Kehidupan Harian

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...