Facebook Dan Instagram Telah Diserang Peranti Pepijat Dan Menyebabkan Kata Laluan Pengguna Sosial Media Tersebut Didedahkan

0 66

Perisian Facebook dan Instagram telah diserang oleh peranti pepijat pada Januari yang lalu dan telah menyebabkan berjuta kata laluan pengguna tersebut telah didedahkan kepada pekerja di syarikat itu. Facebook masih tidak menjumpai bukti yang mengatakan perkara ini berlaku disebabkan oleh orang dalam ataupun luar. Dalam pada masa yang sama, Facebook juga tidak memaklumkan sebab mengapa mereka tidak memberitahu tentang masalah ini dengan kadar yang segera.

Kata laluan di Facebook sepatutnya dirahsiakan dan tidak boleh dimasuki oleh mana-mana pengguna yang lain. Rangkaian ini mempunyai kata laluan tersendiri yang membolehkan sistem tersebut mengenalpasti kata laluan yang betul tanpa menyimpan data di dalam teks biasa.

Facebook juga mengatakan bahawa mereka akan memberitahu kepada pengguna yang telah terdedah kepada peranti pepijat tersebut. Mereka telah menganggarkan beratus juta pengguna perisian ini telah dijangkiti oleh peranti pepijat ini.  Mereka menyatakan bahawa perkara ini berlaku kerana pengguna menggunakan kata laluan yang sama pada sosial media/perisian yang lain dan menyebabkan penggodam tersebut mungkin telah mengetahuinya.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Facebook telah menyarankan supaya anda semua menukar kata laluan sebelum ini kepada yang baru dan tidak menggunakan kata laluan yang sama bagi setiap sosial media/perisian yang ada. Selain itu, anda juga boleh menggunakan dua faktor pengesahan untuk mengetatkan lagi sekuriti akaun Facebook anda. Tetapi, jika anda ingin menggunakan dua faktor pengesahan tersebut, anda disarankan supaya menggunakan aplikasi luar/pihak ketiga agar anda tidak perlu memasukkan nombor telefon anda ke dalam Facebook.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Read More  Cara-Cara Untuk Melajukan Internet Anda

Sumber : A Facebook, Instagram Bug Exposed Millions Of Password To Employee.

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...