Nintendo Akan Mengeluarkan 2 Model Terbaru Switch Pada Tahun Ini

0 81

Untuk pengetahuan anda semua, Nintendo akan mengeluarkan 2 model terbaru yang akan bernaung di bawah model Switch pada tahun ini. Kedua-dua model tersebut akan diumumkan pada bulan Jun ini. Pelancaran model terbaru ini bertujuan untuk menarik pelanggan baru supaya menggunakan produk mereka.

Model yang pertama ini akan dibina bersesuaian bagi yang gemar bermain permainan video dan menggelar dirinya sebagai gamer. Sumber mengatakan bahawa model ini mungkin tidak setanding dengan Xbox One X dan Playstation 4 Pro. The Wall Street Journal juga telah menyatakan bahawa model terbaru ini dicipta supaya dapat mengatasi kekurangan yang dihadapi oleh model sebelum ini seperti memastikan skrin paparan lebih jelas dan tenaga yang digunakan sedikit sahaja.

Model Switch terbaru yang kedua pula dikhabarkan akan dijual dengan harga yang sangat murah. Hal ini kerana, model ini akan dicipta hanya untuk bermain di dalam konsol itu sahaja. Ianya tidak dapat disambung ke dalam televisyen seperti model Switch yang lain. Khabar angin juga mengatakan bahawa Joy-Con juga mungkin akan disambung terus kepada konsol itu dan tidak boleh dicabut.

Syarikat Nintendo mengambil inisiatif ini kerana mereka telah mengalami kerugian pada tahun 2018 kerana penjualan Nintendo Switch telah jatuh ketika itu. Disebabkan itu, untuk mengatasi masalah tersebut, mereka telah mengeluarkan 2 model terbaru supaya mereka dapat menaikkan semula nama syarikat ini dikalangan gamers yang lain.

Setakat ini sahaja dahulu perkongsian daripada kami. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara di atas, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber: Nintendo Will Release Two New Switch Model In 2019

Read More  Bagaimana Hendak Menyekat Rangkaian Wi-Fi Jiran Anda Daripada Muncul di Windows Anda?

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...