Komputer Riba Anda Mungkin Mempunyai Malware Jika Anda Merupakan Pengguna ASUS

206

Jika anda pengguna Asus, sistem anda mungkin telah dijangkiti oleh malware yang telah dimasukkan melalui tool yang anda gunakan untuk mengemaskini  BIOS dan sistem sekuriti yang lain. Laporan ini telah dikeluarkan oleh penyelidik di syarikat sekuriti siber Rusia iaitu Kaspersky Lab.

Percubaan untuk menggodam komputer riba ini telah dikesan sejak Januari yang lalu dan dijangka dalam masa 5 bulan, ianya akan memberi impak kepada 1 juta pengguna yang lain. Menurut Kaspersky, penggodam tersebut telah menggunakan pintu belakang dan mengubah suai ASUS Live Update Utility untuk menghantar malware tersebut. Tindakan tersebut dilakukan bertujuan untuk mata pengguna dengan menganggap ianya datang dari sumber sebenar.

Malware tersebut telah diberi nama “ShadowHammer” dan telah aktif sejak Jun 2018 lagi. Penggodam tersebut juga memastikan bahawa segala fail malware tersebut disertakan dengan sijil digital yang sah dan memastikan juga segala fail tersebut mempunyai saiz memori yang sama seperti yang telah diagihkan oleh Asus. Sebagai langkah

Malware seperti ini bukan perkara baru lagi kerana sebelum ini pada tahun 2017, perisian CCleaner juga telah dikesan menyebarkan malware kepada berjuta komputer menggunakan siaran rasmi mereka. Sebenarnya, perkara ini berlaku disebabkan mereka ingin menjatuhkan syarikat Asus dan mengurangkan hasil penjualan produk Asus.

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh mengetahuinya dengan klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini untuk anda semua.

Sumber : Secret Backdoor in Asus Update Software That Infect Computer With Malware

Read More  Cara Untuk Membuka Terminal Berskrin Penuh Di Mac Menggunakan Pintasan Papan Kekunci!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...