Anda Sekarang Sudah Boleh Membuat Pra-Pesanan Untuk Memiliki Motosikal Terbang

931

Untuk pengetahuan anda semua, syarikat Jetpack Aviation(JPA) sedang membina sebuah motosikal terbang yang diberi nama Speeder. Semua ini tidak lagi akan menjadi angan-angan dari komik sains fiksyen. Ia akan menjadi syarikat pertama di dunia yang akan menghasilkan motosikal terbang ini.

Syarikat ini sudah mahir dalam menghasilkan jet turbin dan berpengalaman dalam mencipta teknologi jetpack. Motosikal terbang tersebut akan menggunakan 4 enjin turbojet yang akan dikuasakan menggunakan kerosin, minyak JetA dan diesel. Enjin-enjin tersebut dapat menghasilkan teras gabungan maksimum sehingga 705 pound kuasa, yang mampu menampung berat motosikal dan pengendalinya.

Dengan menggunakan motosikal ini, anda boleh terbang sehingga mencapai ketinggian 15,000 kaki dalam kelajuan 150 mph. Penunggang motosikal tersebut perlu  menyediakan oksigen tambahan jika anda ingin menuggang motosikal tersebut sehingga mencapai tahap maksimum. Setiap penerbangan yang dilakukan akan mengambil masa kira-kira 22 minit, mengikut tahap ketinggian dan berat penumpang tersebut.

Buat masa ini, syarikat tersebut hanya menghasilkan sebanyak 20 model Speeder sahaja. Harga setiap motosikal tersebut dianggarkan kira-kira RM1.5 Juta dan anda akan mendapat sebuah sut penerbangan dan sebuah helmet. Anda boleh membuat tempahan dengan membayar wang pendahuluan sebanyak RM785,000. Mereka juga sedang membina motosikal ini yang sesuai digunakan untuk aktiviti ketenteraan.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal ini, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber: The World Premiere Jet-pack Maker Is Building A Flying Speeder Bike.

 

Read More  Cara Mudah Hendak Melaraskan Tetapan Tetikus di Windows!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...