Instagram Telah Menambah Ciri Terbaru Yang Dipanggil Insta-Checkout

760

Adakah anda tahu bahawa Instagram telah menambah tool terbaru ke dalam aplikasi tersebut yang dipanggil Insta-Checkout? Dengan adanya ciri terbaru itu, anda sudah boleh membeli barang secara atas talian tanpa perlu keluar dari aplikasi tersebut. Ia telah diumumkan pada 19 Mac yang lalu oleh syarikat tersebut.

Insta-Checkout ini dapat digunakan dengan menggunakan tool yang sedia ada seperti shopping tags dan stiker di dalam post dan stories. Jadi, pengguna yang ingin membeli belah secara atas talian di aplikasi ini boleh memilih warna, saiz dan anda boleh klik butang “checkout” setelah selesai memilih barang yang diinginkan. Jangan risau, segala informasi yang anda masukkan semasa membeli barangan tersebut masih dilindungi oleh polisi syarikat tersebut.

Setelah pelanggan selesai membeli barang dan checkout dari aplikasi tersebut, akan terdapat sebuah rangkaian untuk mengesan pesanan dan menghantar info-info mengenai penghantaran barang tersebut di notifikasi Instagram. Juga terdapat satu pilihan pemulangan barang, membatalkan pembelian dan meminta bantuan dari khidmat pelanggan yang juga disediakan dari aplikasi itu.

Antara syarikat-syarikat luar yang membantu dalam menjayakan ciri terbaru ini ialah Paypal, yang merupakan salah satu syarikat untuk membuat pembayaran. BigCommerce juga merupakan salah satu syarikat yang telah membuat kolaborasi dengan Instagram. Anda boleh membuat transaksi di aplikasi ini dengan menggunakan BigCommerce.

Jika anda ingin ketahui dengan lebih lanjut mengenai ciri terbaru ini, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan untuk anda semua.

Sumber: Insta-Checkout? New IG Service Lets You Shopping Without Leaving The Platform

Read More  Jangan Buang Telefon Terpakai di Tong Sampah!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...