Cara Efektif Untuk Membuang Permainan Video Di PS4

807

Sesiapa yang pernah menggunakan konsol PS4, sudah semestinya anda tahu walaupun konsol mempunyai ruang memori yang tinggi sehingga 1TB, ianya tidak akan pernah cukup. Hal ini kerana, kebanyakan permainan video konsol ini menggunakan memori yang sangat banyak sehingga boleh mencecah 50GB untuk satu permainan.

Membuang Permainan Dari Ruang Simpanan

Langkah Pertama: 

Anda boleh pergi ke ikon permainan video yang anda ingin buang, samada melalui menu utama ataupun simpanan permainan video anda.

 

Langkah Kedua:

Selepas memilih permainan yang ingin dibuang, anda perlu menekan butang Options yang terdapat pada controller anda untuk mengeluarkan menu ini.

 

Langkah Ketiga:

Anda perlu skrol ke bawah dan memilih Delete dan anda perlu mengesahkan dengan menekan butang OK.

 

Memasang Semula Permainan Video

Langkah Pertama:

Anda boleh pergi ke paparan utama dan skrol ke bawah sehingga anda temui butang Purchased. Jika anda mencari permainan video yang tertentu, anda boleh mencarinya dengan klik simbol kuning yang berbentuk tambah yang terletak di bawah ikon Purchased.

 

Langkah Kedua:

Jika permainan video yang anda ingin cari tiada dalam simpanan,  simbol anak panah akan muncul menandakan permainan video tersebut boleh dimuat turun semula.

 

Langkah Ketiga:

Tekan butang X pada permainan tersebut untuk memuat turun dan klik Download.

 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh terus bertanya kepada kami dengan menghubungi kami di Facebook. Anda juga boleh mengetahui info ini dengan lebih lanjut dengan klik pautan yang telah kami sediakan di bawah.

Sumber : How To Delete Games On Your PS4.

 

Read More  Pelayar Web Pilihan Orang Ramai Sepanjang 2018

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...