Anda Boleh Membantu Twitter Dengan Memberi Reka Bentuk Yang Terbaru Untuk Aplikasi Tersebut

226

Twitter akan melancarkan sebuah aplikasi untuk mengkaji ciri-ciri terbaru yang akan ditambah ke dalam aplikasi tersebut. Aplikasi tersebut diberi nama Twttr(singkatan untuk aplikasi Twitter) dan pengguna yang mempunyai akaun Twitter sahaja yang dibenarkan menggunakannya.

Pengguna akan dibenarkan untuk mencipta ciri-ciri terbaru supaya anda dapat memastikan sosial media yang  mudah untuk digunakan. Hal ini kerana, syarikat tersebut ingin mengetahui apakah masalah yang dihadapi semasa menggunakan aplikasi ini supaya mereka dapat memberikan penyelesaian. Twitter sedang berusaha untuk memastikan perbualan yang sedang dilakukan itu lebih mudah dibaca, difahami dan mengikutinya.

Sebagai contoh, sebuah thread yang telah di tweets oleh anda boleh muncul di dalam buih yang berbentuk bulat. Selain daripada itu, buih itu juga boleh didatangi dengan pelbagai warna supaya pengguna yang lain membezakan pemilik tweets tersebut.

Jika anda diberikan akses untuk menggunakan aplikasi Twttr, diharapkan anda dapat bersabar ketika menggunakannya kerana masih terdapat kesempurnaan fungsi. Hal ini kerana, aplikasi tersebut merupakan aplikasi Beta yang digunakan untuk menukar ciri-ciri, paparan dan banyak lagi. Jadi, fungsi-fungsi yang anda gunakan sebelum ini mungkin sudah tiada ataupun berubah menjadi fungsi lain.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh saja klik pada pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber: Twitter Wants You To Help Shape Design For This Apps

 

Read More  Pengguna Microsoft Office Perlu Berhati-Hati! Malware Baru Kini Datang Melalui Lampiran E-mel Dalam PowerPoint

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...