Facebook Tidak Lama Lagi Akan Membenarkan Anda Untuk Menonton TV Bersama Rakan-Rakan Menggunakan Watch Party

137

Untuk pengetahuan anda semua, tidak lama lagi Facebook akan membenarkan anda semua untuk menonton siaran sukan dan siaran televisyen secara atas talian bersama-sama dengan rakan-rakan anda hanya dengan menggunakan Watch Party sahaja. Perkara ini telah diumumkan oleh pihak Facebook sendiri pada 13 Mac yang lalu.

Facebook Watch Party ini akan membenarkan semua pengguna untuk menonton video yang dibuat secara langsung oleh pengguna Facebook yang lain. Anda boleh memberi respon dan menghantar mesej secara terus walaupun anda tidak berada di tempat yang sama ketika itu.

Pada masa yang sama, Facebook sedang membuat perancangan untuk menambah tool dengan lebih banyak. Sebagai contoh, jika anda sedang menonton perlawanan bola secara langsung ketika itu, ia akan mengeluarkan berapa gol yang telah diperolehi oleh kedua-dua pasukan itu.

Dalam sidang media baru-baru ini, Facebook juga telah merancang mengembangkan lagi Watch Party ini supaya para pengguna mereka dapat melihat acara-acara lain seperti rancangan anugerah filem, drama bersiri dan sebagainya. Disebabkan itu, Facebook telah berkolaborasi dengan pelbagai syarikat seperti Spotify, Lip Sync dan music stickers untuk menjayakan Watch Party ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber : Facebook May Soon Let You Watch Live TV at Watch Play.

 

 

Read More  Google Mengingatkan Pemilik Laman Web Untuk Berpindah ke HTTPS Sebelum Oktober Ini!

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...