Corsair Menawarkan Harga Yang Murah Jika Anda Ingin Mendapatkan Papan Kekunci Mekanikal Jenama Itu

97

Untuk pengetahuan anda semua, Corsair merupakan salah satu jenama yang telah lama berada di pasaran. Ia mengeluarkan pelbagai jenis barangan seperti papan kekunci, tetikus, headphone dan banyak lagi barangan gaming yang telah mereka hasilkan. Kebanyakan gamers tidak mampu untuk membeli jenama ini kerana harga yang ditawarkan agak mahal untuk dimiliki. Jadi, inilah masanya jika anda pernah mengidamkan untuk membeli papan kekunci mereka kerana Corsair sedang membuat promosi dari 17 sehingga 23 Mac 2019.

Corsair K95 RGB Platinum merupakan papan kekunci paling laris dan terbaik yang pernah dihasilkan oleh mereka. Harganya sudah diturunkan bersempena dengan promosi yang dijalankan oleh mereka. Anda boleh mendapatkan dengan harga yang lebih murah jika anda membelinya melalui Amazon. Diskaun yang akan diberikan jika anda membeli di Amazon ialah sebanyak 20%.

Papan kekunci ini didatangi dengan dua jenis model suis Cherry MX, iaitu coklat dan perak. Kedua-dua suis tersebut direka untuk memberi kelajuan, tetapi suis berwarna perak mempunyai 1.2mm actuation yang membolehkannya untuk menghantar maklumat dengan lebih pantas. Anda akan diberikan arm rest yang boleh dicabut supaya anda dapat bermain dengan lebih selesa.

Papan kekunci ini mempunyai backlit keys dan 6 kunci makro yang anda boleh programkan mengikut citarasa anda. Sistem pengcahayaan juga sangat bagus jika hendak dibandingkan dengan mana-mana papan kekunci gaming yang lain. Anda akan dibekalkan sebanyak 3 slot profil supaya anda boleh menyimpan fungsi permainan video yang anda gunakan.

Papan kekunci K95 RGB Platinum mempunyai 2 slot USB dan anda boleh mengakses perisian iCue yang digunakan khas untuk barangan jenama Corsair sahaja. Dengan adanya program ini, anda boleh mengubah fungsi-fungsi papan kekunci tersebut, konfigurasi makro dan mengubah sistem pengcahayaan dengan lebih mendalam lagi. Anda juga boleh menggunakan perisian ini pada headphone dan tetikus anda supaya anda boleh mendapatkan pengcahayaan yang serentak dan warna yang sama dengan papan kekunci tersebut. Tetapi, anda perlu tahu anda boleh mendapatkan fungsi sebegini jika anda menggunakan barangan jenama Corsair sahaja.

Read More  Betulkah Fakta Bahawa Membuka GPS Pada Telefon Akan Menyebabkan Bateri Cepat Habis?

Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita beramai-ramai membeli K95 RGB Platinum ini sebelum tawaran diskaun ini tamat.

Sumber : Get Corsair’s Best Mechanical Keyboard¬†

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...