Anda Sudah Boleh Bermain Permainan Video Menggunakan Aplikasi Snapchat

83

Kepada pengguna-pengguna aplikasi Snapchat, anda sudah boleh bermain permainan video menggunakan aplikasi ini pada bulan April akan datang. Menurut Cheddar, mereka telah membina satu projek platform permainan video yang dipanggil “Project Cognac” yang akan membenarkan para pengguna aplikasi ini bermain permainan video secara terus dengan menggunakan aplikasi Snapchat.

Permainan video tersebut akan dibangunkan oleh syarikat luar, bukan dari Snap Inc. sendiri. Kami juga tidak pasti permainan apakah yang akan dikeluarkan apabila platform ini dilancarkan pada bulan April ini. Semua ini akan diumumkan di persidangan yang bertempat di Los Angelas pada 4 April ini. Untuk pengetahuan anda semua, Snapchat telah membuat perancangan ini sejak 2018 lagi. Disebabkan mempunyai beberapa masalah, rancangan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga sekarang.

Dengan adanya platform untuk bermain permainan video menggunakan aplikasi ini, ia telah memudahkan ramai pengguna dari memuat turun permainan video yang sememangnya akan menggunakan ruang memori yang banyak. Snapchat sudah mempunyai permainan video AR tersendiri yang diberi nama “Snappables”, yang membenarkan anda untuk menggunakan dunia sebenar sebagai tetapan untuk permainan tersebut. Snapchat akan menghadapi cabaran yang kuat kerana masih tidak dapat menandingi permainan video yang berada di dalam telefon pintar seperti Pubg, Mobile Legend, Fortnite dan banyak lagi.

Antara sebab-sebab Snapchat ingin menambah platform pada aplikasi tersebut adalah disebabkan ramai pengguna Snapchat tidak berpuas hati dengan reka bentuk terbaru yang telah dihasilkan. Oleh hal yang demikian, mereka telah kehilangan begitu ramai pengguna aplikasi tersebut. Disebabkan itu, mereka telah mengambil langkah dengan membina fungsi baru supaya mereka dapat menaikkan kembali kedudukan mereka dan menarik perhatian para pengguna supaya menggunakan aplikasi ini kembali.

Read More  Apakah Itu “Corrupted File” Dan Adakah Ada Cara Untuk Mendapatkannya Kembali?

Jika anda ingin ketahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber: Snapchat Will Integrated Gaming Platform in April 2019

 

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...