Pengesahan Dua Faktor Di Facebook Tidak Selamat Untuk Digunakan

0 51

Adakah anda tahu bahawa Facebook akan menyarankan kita untuk meletakkan nombor telefon untuk mengaktifkan pengesahan dua faktor supaya akaun Facebook anda akan lebih selamat dari digodam oleh orang luar. Tetapi, anda tidak tahu bahawa apabila anda sudah meletakkan nombor telefon anda, ia telah memasuki ruang privasi tanpa anda sedari.

Pengesahan dua faktor ini telah wujud sejak 2011 lagi. Apabila anda memasukkan nombor telefon anda ke dalam pengesahan dua faktor, anda boleh buka Facebook hanya dengan menggunakan nombor telefon anda sahaja. Tetapi, apa yang anda tidak tahu, Facebook juga menggunakan nombor telefon ini untuk menyebarkan iklan perniagaan dan membenarkan pengguna yang lain mencari anda hanya dengan meletakkan nombor telefon anda di bahagian bar carian.

Hal ini kerana, Jeremy Burge yang merupakan pemilik Emojipedia telah mengkritik mengenai hal ini di halaman Twitter beliau yang mengatakan beliau tidak boleh membuang nombor telefon yang terdapat di pengesahan dua faktor. Burge mengatakan bahawa ketika itu beliau perlu meletakkan nombor telefonnya kerana Facebook memerlukan pengurus besar untuk memasukkan nombor telefon sebgai pengesahan dua faktor di halaman Facebook.

Facebook tidak lagi memerlukan pengesahan dua faktor untuk akaun yang mempunyai pengikut yang banyak, tetapi anda tidak boleh untuk membuang nombor telefon tersebut dari halaman Facebook anda. Untuk menjaga privasi nombor telefon anda, anda boleh pergi ke tetapan dan mengubah tetapan privasi dari semua orang kepada kawan sahaja. Tiada pilihan untuk menukar ataupun membuang nombor telefon tersebut. Menurut Burge, Facebook berkemungkinan boleh berkongsi nombor telefon anda di aplikasi WhatsApp dan Instagram.

Untuk mengelakkan semua ini daripada berlaku, kami sarankan supaya anda menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Google Authenticator dan LastPass jika anda ingin menggunakan pengesahan dua faktor tidak menggunakan pengesahan dua faktor yang telah disediakan oleh pihak Facebook untuk langkah berjaga-jaga.

Read More  WhatsApp Telah Menamatkan Sokongan Untuk Beberapa Telefon Dan Sistem Operasi Yang Lama!

Sumber: Give Facebook A Phone Number?

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...