Syarikat Sony Tidak Lagi Mengeluarkan PS Vita Setelah 7 Tahun Berada Di Pasaran

180

Adakah anda tahu bahawa syarikat Sony akan menghentikan pengeluaran produk mereka iaitu Playstation Vita? Hal ini berlaku kerana permainan konsol mudah alih ini mengalami kesulitan untuk bersaing dengan konsol yang lain.

Playstation Vita sebelum ini pernah dianggap sebagai permainan konsol paling gempak dan laris ketika ia dikeluarkan pada tahun 2012. PS Vita juga telah dapat mengalahkan Nintendo 3DS sebagai konsol permainan paling hebat dari segala aspek. Tetapi selepas tahun ia dilancarkan, PS Vita telah mengalami banyak masalah untuk menarik perhatian para pelanggan di luar sana kerana ramai orang bermain permainan video dengan menggunakan telefon pintar sahaja.

Sony telah menghentikan pengeluaran permainan video untuk PS Vita pada 2015 dan menghentikan pengeluaran untuk semua permainan fizikal PS Vita pada 31 March tahun ini. Pada bulan Februari lalu, Sony telah memberikan permainan video PS Vita secara percuma melalui servis Playstation Plus.

Syarikat Sony mungkin akan memasuki pasaran dengan mengeluarkan permainan konsol mudah alih yang terbaru untuk menaikkan semula jenama mereka ini. Jika anda masih ingat, permainan Wii pernah menjadi fenomena kerana ianya pernah terkenal dan menjadi permainan konsol paling laris di pasaran. Tetapi, syarikat ini telah mengalami kerugian yang amat besar setelah mengeluarkan Nintendo Wii U dan mujurlah Nintendo Switch telah menyelamatkan mereka dari mengalami kerugian yang besar. Mungkin Sony akan melakukan perkara yang sama seperti Nintendo?

Setakat ini sahaja perkongsian daripada kami, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah ini.

Sumber : Playstation Vita Production Ends In 2019

Read More  Trello Merupakan Perancang Percutian Terbaik Anda

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...