Telefon Pintar Paling Murah Untuk Dibeli

0 779

Adakah anda tahu bahawa syarikat Nokia telah mengeluarkan sebuah telefon pintar yang diberi nama Nokia 7.1 . Telefon pintar ini sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin mencari telefon pintar yang murah tetapi berbaloi untuk dibeli dan digunakan. Ia juga telah mengalahkan Motorola dan Huawei dalam menghasilkan telefon pintar yang hebat tetapi menawarkan harga yang berpatutan.

Jika dengar sahaja jenama Nokia, pastinya kita akan mengimbau kenangan mengenai telefon-telefon yang pernah dikeluarkan oleh mereka pada suatu ketika dahulu iaitu Nokia 3310 dan N-Gage. Sekarang mereka cuba untuk memasuki pasaran dengan menjual telefon pintar keluaran mereka dengan murah iaitu Nokia 7.1 .

Telefon ini merupakan bahawa telefon pintar yang paling murah untuk dibeli dan merupakan yang paling murah berbanding jenama-jenama yang lain. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, skrin sentuh pada telefon ini amat bagus ketika menggunakannya. Tambahan pula, telefon ini dibina supaya tahan lasak apabila terjatuh dari tempat tinggi seperti Nokia 3310 dahulu, dan kualiti kamera pada telefon ini juga sangat bagus.

Telefon ini dibina dengan menggunakan aluminium dan skrinnya pula menggunakan kaca yang berkualiti. Saiz skrin paparan telefon ini ialah 5.84 inci Full HD dan menyokong resolusi sehingga 2280 x 1080 dibantu oleh HDR. Ia juga menggunakan prosessor Qualcomm Snapdragon 636 CPU dan disokong oleh 4 GB RAM supaya anda dapat membuka banyak aplikasi dalam satu masa tanpa mengalami sebarang gangguan.

 

Setakat itu sahaja perkongsian daripada kami. Untuk ketahui dengan lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah.

Sumber: The Nokia 7.1 Best Budget Smartphone

Read More  Kamera Digital Terbaik Untuk Digunakan Oleh Semua Golongan

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...