Cara-Cara Untuk Menggunakan Mod Do Not Disturb Pada Telefon Pintar Android

0 129

Untuk pengetahuan anda semua, Sistem Operasi Android yang paling baru ialah Android 9.0 dan lebih dikenali sebagai Pie. Terdapat beberapa penambahan yang terbaru yang telah dilakukan oleh Android iaitu anda sudah boleh menggunakan mod Jangan Ganggu. Dengan adanya mod ini, anda sudah boleh meluangkan masa tanpa diganggu oleh bunyi notifikasi, nada dering dan sebagainya. Ia mempunyai 3 seksyen pada mod ini iaitu Behavior, Exceptions dan Schedule. Untuk menggunakanya amatlah mudah, anda hanya perlu membuka tetapan dan klik pada Bunyi > Jangan Ganggu.

1) Behavior

 

Di dalam seksyen ini, anda akan diberi 2 pilihan. Untuk kategori Bunyi dan Getaran, anda boleh memilih aplikasi manakah yang anda ingin nyahaktifkan, samada loceng penggera, media dan bunyi sentuh. Anda hanya perlu menutupnya dengan slaid ke kiri pada aplikasi yang tidak diingini tersebut. Pilihan kedua ialah Notifikasi. Di sini, anda boleh memilih samada untuk memaparkan ataupun tidak mesej yang diterima itu. Selain daripada itu, anda juga boleh menutup bunyi notifikasi dan hanya memaparkan mesej itu. Antara ciri-ciri lain terdapat di sini ialah Jangan Menghidupkan Skrin Paparan, Tidak Mengeluarkan Lampu dan banyak lagi untuk anda gunakan.

2) Exceptions

Exceptions merupakan seksyen kedua, di mana anda boleh membuat senarai untuk beri kebenaran kepada pemanggil di dalam senarai kenalan semasa anda menggunakan mod ini. Terdapat juga pilihan yang hanya  membenarkan pemanggil favourite sahaja yang dibenarkan untuk menghubungi anda. Anda boleh memilih pemanggil kesukaan anda di dalam senarai pemanggil sahaja.Terdapat satu togel yang membenarkan pemanggil untuk menghubungi anda jika mereka telah menghubungi anda lebih daripada satu kali dalam tempoh 15 minit.

Read More  WhatsApp Telah Menamatkan Sokongan Untuk Beberapa Telefon Dan Sistem Operasi Yang Lama!

3) Schedule

Yang terakhir sekali pada seksyen ini ialah Schedule. Di dalam seksyen ini, terdapat 2 sub seksyen iaitu Duration dan Turn Off Automatically. Pada seksyen Duration, anda boleh menetapkan pada waktu bilakah anda tidak mahu diganggu. Sebagai contoh, anda tidak mahu diganggu pada waktu malam kerana anda ingin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Dengan menggunakan fungsi ini, anda tidak lagi akan diganggu selepas waktu kerja. Di dalam telefon pintar Pixel, ia dapat mengesan jika anda sedang memandu ketika itu. Jadi, ia akan menghidupkan mod Jangan Ganggu secara automatik jika anda tidak mengubahnya secara manual.

Itu sahaja perkongsian daripada kami. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah.

Sumber : How To Use Do Not Disturb Mode

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...