Skrin Telefon Pintar Yang Boleh Dilipat Pertama Di Dunia

338

Bagi yang belum tahu, Huawei telah mengeluarkan sebuah telefon pintar yang baru iaitu Huawei Mate X. Telefon ini sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan telefon pintar yang ada diluar sana kerana skrin paparan telefon ini boleh dilipat. Mari kita lihat dengan lebih mendalam mengenai Huawei Mate X.

1) Reka Bentuk

Ketinggian skrin Mate X ini berukuran 6.6 inci pada skrin hadapan dan 6.4 inci pada skrin bahagian belakang telefon. Telefon ini sangat nipis apabila anda menggunakannya sebagai tablet kerana skrin telefon ini sangat nipis seperti biskut kering. Ketebalan telefon pintar ini ialah 5.4 mm sahaja. Tambahan pula, anda tidak perlu risau jika ia tergelincir dari genggaman anda kerana ia telah dicipta untuk memiliki cengkaman yang kuat apabila menggenggamnya. Jika anda ingin mengecas telefon telefon tersebut, anda hanya boleh menggunakan wayar USB-C sahaja.

2) Skrin Paparan

Pada kebiasaannya, telefon pintar akan menggunakan skrin kaca, tetapi Mate X ini tidak lagi menggunakan skrin kaca. Ia menggunakan plastik supaya kelihatan lebih menarik. Hal ini kerana, skrin plastik akan kelihatan lebih baik dan tidak timbul sebarang masalah ketika menggunakannya. Jangan risau kerana anda masih dapat merasai skrin OLED. Skrin ini sangat bagus kerana anda masih dapat melihat ke dalam skrin tersebut dengan jelas walaupun ketika itu anda berada jauh dari telefon itu.

3) Sistem

Huawei Mate X menggunakan set cip paling terbaru iaitu Kirin 980 pada papan induk telefon ini. Ia juga mampu menyokong internet 5G walaupun kita tidak tahu bilakah ianya akan dilancarkan. Secara teori, anda dapat muat turun filem hanya dalam beberapa saat. Kuasa bateri yang terdapat pada telefon ini juga agak tnggi iaitu 4500 mAh. Dengan adanya teknologi SuperCharge, anda hanya perlu menunggu selama 30 minit untuk mengecas telefon itu dari 0% sehingga 85%.

Read More  Snapchat Spectacles Bakal Menjadi Rebutan

4) Kamera

Telefon ini mempunyai tiga lensa pada bahagian cengkaman. Ia menggunakan lensa jenis Leica, sama seperti P20 Pro dan Mate 20 Pro. Huawei menggunakan produk AI yang sangat gempak kerana ianya sesuai untuk digunakan walaupun suasana ketika itu agak gelap. Apa yang membuatkan Huawei Mate X ini dapat menarik perhatian orang ramai selain daripada skrin lipat ialah, anda boleh melihat rupa anda di bahagian belakang skrin tersebut untuk melihat hasil gambar yang telah ditangkap.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai telefon pintar ini, anda boleh klik pautan yang kami sediakan di bawah ini.

Sumber : Huawei Mate X

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...