Telefon Pintar Pertama Yang Mempunyai Kuasa Bateri Sehingga 18,000 mAh

0 627

Adakah anda tahu bahawa syarikat Energizer telah mengeluarkan sebuah telefon pintar yang diberi nama Energizer Power Max P18K Pop? Telefon pintar ini telah mengejutkan ramai orang di seluruh dunia kerana kuasa bateri pada telefon ini iaitu 18000 mAh. Ini merupakan kali pertama sebuah telefon pintar yang mempunyai kuasa bateri melebihi 10000 mAh dicipta. Mari sama-sama kita mengkaji dengan lebih mendalam berkenaan telefon pintar ini.

Telefon pintar ini tidak seperti telefon yang dikeluarkan sebelum ini kerana saiz ketebalan Energizer Power Max sangat tebal dan berbentuk seperti bata yang digunakan untuk membina rumah. Syarikat Energizer mungkin tidak mempunyai masa untuk melihat reka bentuk yang sesuai ataupun mereka sememangnya tidak mementingkan reka bentuk telefon tersebut kerana mereka lebih mementingkan prestasi yang dapat diberikan kepada penggunanya.

Walaupun saiz telefon ini sangat tebal, telefon ini sangat selesa untuk digenggam. Hal ini kerana, pada permukaan bahagian belakang telefon ini melengkung dengan sempurna dengan tapak tangan anda supaya ia dapat memberi cengkaman yang kuat supaya ia selesa untuk digenggam.

Energizer Power Max ini dikuasakan dengan menggunakan prosessor MediaTek Helip P70 dan disokong oleh 6GB RAM supaya anda tidak mengalami sebarang masalah ketika menggunakannya. Memori yang terdapat pada telefon ini juga sangatlah besar iaitu 128 GB. Tambahan pula, saiz skrin paparan yang digunakan oleh telefon ini ialah 6.2 inci Full HD.

Apa yang membuatkan telefon ini menjadi perbualan orang ramai adalah disebabkan baterinya yang sangat banyak iaitu 18000 mAh. Dipercayai telefon ini mampu untuk menonton video selama 2 hari tanpa henti dengan menggunakan telefon ini. Apa yang lagi mengejutkan, anda boleh menggunakannya sewaktu kecemasan seperti mengecas telefon lain dan menghidupkan bateri kereta yang telah mati hanya dengan menggunakan Energizer Power Max.

Anda tidak boleh membeli telefon ini lagi buat masa sekarang kerana ia masih belum memasuki pasaran Malaysia lagi. Dikhabarkan, harga telefon pintar ini mungkin dalam sekitar RM3200. Jadi, marilah kita bersama-sama mula menyimpan wang jika anda ingin membeli telefon pintar yang luar biasa ini.

Read More  Perisian Animasi 2D Yang Terbaik Untuk Digunakan

 

Sumber : Energizer Smartphone 18000 mAh

 

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...