Seabubble Merupakan Bot Elektrik Terbaik Yang Pernah Dicipta

0 55

Di zaman yang serba canggih, banyak syarikat pengangkutan mencipta kenderaan yang berasaskan tenaga elektrik. Hal ini kerana, mereka ingin mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dengan menggunakan tenaga elektrik. Jadi, hari ini kami akan berkongsi dengan anda semua tentang bot elektrik yang mungkin anda tidak pernah dengar iaitu SeaBubble.

Prototaip Bubble yang telah direka sebelum ini mampu mencapai tahap kelajuan maksima sehingga 15 knots. Apabila bot ini telah siap sepenuhnya, purata kelajuan yang boleh dicapai oleh SeaBubble ini ialah 16 knots dan kelajuan maksima bagi bot elektrik ini ialah 20 knots. Anda hanya perlu mengambil masa selama 35 minit untuk mengecas bot tersebut sehingga penuh.

Antara teknologi canggih yang terdapat pada bot ini ialah ia mempunyai sensor untuk mengukur keadaan air seperti suhu, kedalaman air dan banyak lagi. Anda juga boleh mengubah ketinggian bot itu mengikut kemahuan anda sendiri.

Walaupun harga bot ini mahal dan tidak mampu dibeli, ia masih berbaloi untuk dimiliki. Hal ini kerana, jika anda menggunakan bot biasa yang menggunakan minyak, anda akan menghabiskan banyak wang untuk membeli minyak. Jika anda menggunakan Seabubble, anda tidak perlu menghabiskan banyak wang kerana anda hanya perlu mengecas bot menggunakan tenaga elektrik sehingga penuh.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai bot ini, anda boleh klik pautan yang telah kami sediakan di bawah.

Sumber : Seabubbles Electric Hydrofoil Boat

Read More  Saring Berita Viral Sebelum Share di SEBENARNYA.MY

Anda mungkin juga berminat dengan Artikel lain dari pengarang

Komen

Sebentar...